Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458084
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdull Rahman Mahmood, Dr.-
dc.contributor.authorNoorintan Kamis (P77126)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:11Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:11Z-
dc.date.issued2018-10-01-
dc.identifier.otherukmvital:114198-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458084-
dc.descriptionIstilah Negara Zikir mutakhir ini sering disebut-sebut terutama sekali di Brunei Darussalam. Konsep ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah, sultan Brunei ke-29 pada tahun 2007 dan bagi merealisasikan azam tersebut pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan pelbagai perancangan juga giat disusun seiring dengan perkembangan sosial masyarakat di Brunei. Dalam hal ini, peranan institusi Islam terutamanya masjid sangat besar, ini kerana konsep Negara Zikir itu sendiri berkait rapat dengan ciri-ciri sebuah negara yang mengamalkan ajaran Islam yang sewajarnya. Antara masjid yang berperanan penting dalam membantu negara untuk mencapai impian baginda itu ialah Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah (JAHB). Masjid yang terletak di tengah Bandar Seri Begawan ini merupakan masjid terbesar di Brunei dan sering menjadi tumpuan masyarakat dalam apa-apa acara keagamaan.Kajian ini bertujuan untuk mengetahui makna konsep Negara Zikir dan mengkaji tentang kedudukan institusi masjid di Brunei serta peranan dan sumbangan JAHB terhadap pelaksanaan konsep Negara Zikir. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui instrumen kajian kepustakaan, analisis dokumen dan temubual. Hasil kajian mendapati secara umumnya usaha pihak JAHB sedikit sebanyak telah memberi kesan positif kepada perkembangan Islam di Brunei terutamanya demi mencapai cita-cita untuk menjadi sebuah Negara Zikir. Sumbangan kajian ini dapat memberikan asas kefahaman terhadap pengertian konsep Negara Zikir dan membantu pihak kerajaan terutamanya pihak Jabatan Hal Ehwal Masjid agar memperluaskan lagi peranan masjid di Brunei dan seterusnya dapat memperkasakan konsep Negara Zikir.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectIslam -- Brunei-
dc.subjectIslam and state -- Brunei-
dc.subjectCivilization-
dc.subjectIslamic-
dc.subjectBrunei -- Civilization-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePeranan dan sumbangan Jame' Asr Hassanil Bolkiah dalam memperkasakan konsep negara zikir di Brunei-
dc.typetheses-
dc.format.pages148-
dc.identifier.callnoBP63.B78N63 2018 tesis-
dc.identifier.barcode004351(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114198+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.