Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458083
Title: | Pemikiran Muhammad Iqbal dalam karya ilmiah tinggi di Malaysia |
Authors: | Siti Maryam Isa (P77761) |
Supervisor: | Muhamad Razak Idris, Dr. |
Keywords: | Islamic philosophy Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-Sep-2018 |
Description: | Para sarjana di Malaysia telah menghasilkan karya ilmiah tinggi mengenai pelbagai aspek pemikiran Muhammad Iqbal. Namun, kajian terhadap karya-karya dan tema-tema pemikiran beliau masih belum diselidiki oleh para sarjana di Malaysia. Selain itu, pemikiran Muhammad Iqbal yang mengundang pelbagai reaksi daripada para sarjana di Malaysia samada berbentuk positif, negatif dan neutral serta pengaruh perkembangan pemikiran Muhammad Iqbal dalam penulisan ilmiah tinggi di Malaysia masih tidak dibincangkan lagi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti karya-karya ilmiah tinggi dan tema-tema pemikiran Muhammad Iqbal, menganalisa kecenderungan sarjana terhadap Muhammad Iqbal dan pemikirannya serta mengenalpasti faktor-faktor perkembangan pengaruh pemikiran Muhammad Iqbal dalam penulisan imiah tinggi di Malaysia. Untuk mencapai tujuan, kajian kualitatif menggunakan reka bentuk analisis kandungan yang dilaksanakan menerusi pendekatan tematik, analisis sentimen dan metod induktif. Hasil kajian mendapati tema terbanyak yang diterbitkan adalah sastera, dan diikuti dengan kebangkitan Islam, politik dan kenegaraan. Majoriti sarjana berkecenderungan positif terhadap Muhammad Iqbal berbanding neutral dan negatif. Latar belakang agama yang baik, idea pemikiran yang universal, ketokohan dan wacana beliau tentang terhadap kebangkitan Islam menjadi faktor pemangkin kepada perkembangan pengaruh pemikiran Muhammad Iqbal dalam penulisan ilmiah tinggi di Malaysia. Kajian ini telah mendedahkan kepimpinan ilmu Muhammad Iqbal, tema-tema utama pemikiran beliau yang menjadi kepentingan di Malaysia serta sikap positf para sarjana terhadap Muhammad Iqbal sebagai tokoh pemikir Islam semasa.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 209 |
Call Number: | BP80.I6.S56 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114197+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.