Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458074
Title: Hak asasi minoriti Muslim di Eropah menurut Tariq Ramadan
Authors: Wan Ahmad Fuad Wan Ahmad Kamil (P68763)
Supervisor: Zul'azmi Yaakob, Dr.
Keywords: Religious minorities -- Europe
Religion and state -- Europe
Muslims -- Europe
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Jan-2017
Description: Di kebanyakan negara maju sepertimana di dunia Eropah, isu hak asasi manusia sentiasa diperbahaskan oleh ramai aktivis mahupun sarjana dalam usaha membela nasib golongan minoriti bertunjangkan atas nama agama, bangsa, gender dan sebagainya. Isu tersebut diketengahkan sebagai harapan memperoleh layanan secara adil dari sudut pendidikan, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Perbincangan isu hak asasi juga merupakan antara wacana yang telah menarik perhatian Tariq Ramadan. Beliau adalah seorang sarjana Muslim di Eropah yang kini begitu giat mengetengahkan isu berkaitan hak asasi minoriti Muslim. Justeru, kajian ini adalah memfokuskan pemikiran beliau mengenai hak asasi minoriti Muslim di Eropah melibatkan penganalisaan tentang konflik sosiobudaya dan signifikan perbahasan beliau dalam konteks masa kini. Kajian berbentuk kualitatif ini dilakukan secara analisis induktif terhadap penulisan dan dokumen yang diperolehi di bawah tema Hak Asasi Manusia. Hasil kajian mendapati unsur 'keadilan' dalam interaksi sosiobudaya merupakan dasar utama bagi mengimplementasikan hak asasi yang diinginkan oleh minoriti Muslim sebagaimana yang dimaksudkan oleh Tariq Ramadan. Permasalahan sikap dalam berinteraksi sama ada dari pihak minoriti mahupun majoriti selama ini telah menjadi kekangan dalam mewujudkan keadilan. Diharap kajian ini dapat dijadikan panduan serta memberikan nilai tambah dalam memperkasakan hubungan interaksi pelbagai agama dalam sesebuah negara demi mencapai keharmonian dan perpaduan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 158
Call Number: D1056.2.M87H33 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458074
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113704+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.