Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458072
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLatifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNurul Farhiah Mohammad Husni (P73436)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:08Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:08Z-
dc.date.issued2016-11-13
dc.identifier.otherukmvital:113702
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458072-
dc.descriptionJilboobs ialah fesyen pakaian yang ketat bermula dari paras leher hingga ke kaki yang melibatkan wanita bertudung sehingga menampakkan bentuk tubuh badan dan semakin menular di kalangan mahasiswa. Fesyen ini berasal dari Indonesia hasil daripada pengaruh barat yang mula tersebar masuk ke Indonesia. Pihak Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengharamkan fesyen berpakaian ini kerana mengundang salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terutamanya mahasiswa kerana ia melibatkan aurat yang tidak dijaga. Pemakaian jilboobs ini telah berlaku di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Namun penampilan ini menyalahi etika pemakaian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berdasarkan kod etika pemakaian yang telah ditetapkan. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan mahasiswa terhadap konsep pemakaian dalam Islam. Di samping itu, untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi mahasiswa terhadap jilboobs dan untuk menganalisa persepsi mahasiswa terhadap jilboobs serta kesan dari pemakaiannya terhadap kefahaman agama mereka. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik dalam proses pengumpulan data dan dianalisis menggunakan program Statistical Package For Sosial Science (SPSS) versi 22 menggunakan min, mod dan median. Hasil kajian mendapati bahawa nilai min bagi tahap pengetahuan mahasiswa terhadap konsep pemakaian dalam Islam iaitu pakaian mestilah longgar berada pada tahap tinggi (m=4.84, sp=0.40). Seterusnya, nilai min yang tinggi bagi faktor yang mempengaruhi mahasiswa terhadap jilboobs adalah faktor kurang kefahaman agama (m=4.30, sp=0.79). Manakala nilai min yang tinggi bagi persepsi mahasiswa terhadap jilboobs adalah jilboobs merupakan gabungan bagi perkataan jilbab dengan boobs (m=4.30, sp=0.68). Akhir sekali, nilai min bagi kesan dari pemakaian jilboobs terhadap kefahaman agama mahasiswa adalah pemakaian menutup aurat merupakan etika pemakaian Islam berada pada tahap yang tinggi (m=4.67, sp=0.75). Hasil kajian ini memberi implikasi ke atas pengamalan mahasiswa kerana mereka menganggap bahawa pemakaian yang menutup aurat hanya sebagai etika pemakaian Islam sahaja tanpa mengamalkan pensyariatan tersebut dengan sempurna. Kesimpulannya, satu usaha perlu diambil bagi mengatasi fesyen ini dari terus menular dalam kalangan mahasiswa.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectStudents -- Malaysia -- Attitudes -- Case studies
dc.subjectClothing and dress -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectIslam -- Customs and practices
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleJilboobs dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia: faktor, persepsi dan kesan
dc.typetheses
dc.format.pages119
dc.identifier.callnoLC206.M4N83 2017 tesis
dc.identifier.barcode004317(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113702+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.