Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458071
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Nor Hanis Syuhada Abdul Samad (P77241) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:21:08Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:21:08Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:113701 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458071 | - |
dc.description | Pendekatan dakwah melalui pelaksanaan Street Dakwah atau dakwah jalanan semakin popular digunakan di Malaysia ketika ini kerana pendekatannya yang pelbagai dan mampu mendekati banyak peringkat masyarakat. Pendekatan dakwah ini tidak hanya dipraktikkan oleh kalangan agamawan sahaja namun terbuka kepada sesiapa yang mahu turut serta dalam menjalankan tanggungjawab menyebarkan dakwah. Namun permasalahannya adalah berkaitan keupayaan sukarelawan dakwah seperti adakah mereka mempunyai pengamalan nilai-nilai Islam serta pengamalan silaturrahim dan juga kemahiran komunikasi yang tertentu bagi memudahkan mereka menyampaikan dakwah. Objektif kajian ini adalah bagi mengkaji implikasi pelaksanaan Street Dakwah kepada beberapa aspek iaitu dari segi pengamalan nilai-nilai Islam, pengamalan silaturrahim dalam Islam dan juga kesan kepada kemahiran komunikasi di kalangan sukarelawan dakwah. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini adalah pendekatan kuantitatif iaitu melalui kaedah analisis dokumen serta kajian tinjauan bagi mengumpul maklumat dan data yang diperlukan. Melalui analisis dokumen, pengkaji merujuk serta meneliti kajian lepas atau penulisan yang berkaitan bagi tujuan penulisan teoritikal dan konseptual manakala kajian tinjauan pula melalui kaedah pengedaran borang soal selidik kepada 100 orang responden untuk dijawab. Responden yang terlibat merupakan sukarelawan dakwah yang hadir pada program Mega Street Dakwah 2015 di Kuala Lumpur. Data-data yang terkumpul daripada kajian ini dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa pelaksanaan Street Dakwah ini memberi implikasi yang besar dalam mendorong pengamalan nilai-nilai Islam di kalangan sukarelawan dakwah seperti sikap sabar, bersederhana, toleransi, kerjasama dan sebagainya. Manakala dari segi pengamalan silaturrahim pula turut melihatkan maklum balas yang positif kerana mencatatkan peratusan yang sangat tinggi terhadap skala setuju bagi setiap pernyataaan yang dikemukan iaitu melebihi daripada 70%. Antara pengamalannya adalah saling menyokong antara satu sama lain, saling berkongsi idea dan pandangan, menghormati pendirian dan pandangan antara satu sama lain dan menambah ramai kenalan baru. Bagi aspek kemahiran komunikasi pula hasil tinjauan menunjukkan bahawa Street Dakwah menuntut sukarelawan dakwah yang terlibat untuk mengaplikasikan kemahiran yang tertentu dalam usaha berdakwah kepada masyarakat seperti menggunakan bahasa yang mudah, berhati-hati ketika berbicara, menjadi pendengar yang baik, berkata benar dan sebagainya. Implikasi kajian ini mendapati bahawa sukarelawan dakwah harus mempertingkatkan lagi kemahiran terutama kemahiran komunikasi kerana dakwah harus disampaikan bersesuaian keadaan dan persekitaran semasa.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Da'wah (Islam) | |
dc.subject | Volunteer -- Malaysia | |
dc.subject | Volunteer workers in community development | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Implikasi pelaksanaan Street Dakwah kepada sukarelawan dakwah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 157 | |
dc.identifier.callno | BP170.85.N63 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004316(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_113701+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.