Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458065
Title: | Hukum jihad dan migrasi penduduk Palestin |
Authors: | Ahmad Jamil Jamalludin (P78711) |
Supervisor: | Mohammad Zaini Yahaya, Dr. |
Keywords: | Al-Aqsa Intifada 2000- Palestinian Arabs -- History Jihad Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15-Jun-2019 |
Description: | Hukum migrasi penduduk Palestin merupakan sub isu kepada isu Konflik Israel-Palestin. Isu ini timbul disebabkan perselisihan pandangan fuqaha terhadap jihad dan migrasi bagi penduduk Palestin. Namun begitu, isu ini masih belum menemui jalan penyelesaian. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis pandangan fuqaha tentang hukum migrasi penduduk Palestin. Kajian ini juga bertujuan untuk membuat perbandingan pandangan fuqaha tentang jihad mempertahankan Palestin dan migrasi meninggalkan Palestin disebabkan ancaman keselamatan daripada pihak Zionis Israel. Reka bentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis kandungan seperti kitab-kitab turath, buku-buku, jurnal, artikel dan sebagainya. Seterusnya, temu bual tidak berstruktur melalui responden terpilih dalam membincangkan permasalahan ini. Data-data yang diperoleh, dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat kebanyakan fuqaha menyokong jihad di Palestin seperti al-Qaradawi, al-Mazrucah, al-Buti, Ahmad Yasin dan sebagainya. Manakala, hanya segelintir fuqaha yang menyokong hijrah bagi penduduk Palestin seperti al-Albani. Bagi fuqaha yang menyokong jihad, mereka menilai dari sudut untuk menjaga Baitul Maqdis dan negara Palestin daripada ancaman Zionis Israel. Manakala bagi fuqaha yang menyokong hijrah, mereka menilai dari sudut kemudaratan itu lebih besar jika dibiarkan mereka terus menetap di Palestin.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 153 |
Call Number: | DS119.76.A393 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_113559+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.52 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.