Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458062
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ezad Azraai Jamsari | |
dc.contributor.author | Zamri Ab Rahman (P87083) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:21:06Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:21:06Z | - |
dc.date.issued | 2018-11-14 | |
dc.identifier.other | ukmvital:113556 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458062 | - |
dc.description | Kajian ini bertitik tolak daripada kenyataan Bonner yang menegaskan Ahmad ibn Tulun sebagai Gabenor Mesir telah berjaya mengharungi konflik politik Kerajaan Abbasiyyah pada akhir abad ke-9M. Situasi ini menyebabkan pentas politik Abbasiyyah diwarnai dengan orak-arik yang berlaku secara meluas. Namun demikian, kehebatan pemerintahan dan kekuatan ketenteraan Ahmad ibn Tulun sebaliknya berjaya menjadikan Mesir sebagai sebuah wilayah autonomi dan bebas daripada kekuasaan politik cAbbasiyyah. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengamati situasi semasa wilayah Mesir pada akhir abad ke-9M di bawah pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah sehingga penubuhan Kerajaan Tuluniyyah di Mesir, di samping meneliti ciri-ciri penting riwayat hidup Ahmad ibn Tulun bagi mendapatkan gambaran jelas berkenaan corak pemerintahannya. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis ciri-ciri kekuatan ketenteraan Ahmad ibn Tulun yang menunjangi kelestarian pemerintahan beliau. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Data dikumpul menggunakan analisis dokumen terhadap sumber-sumber primer dan sekunder, khususnya yang berkaitan secara langsung dengan sejarah ketenteraan Islam era Abbasi dan Tuluni. Data yang diperoleh selanjutnya dianalisis menggunakan pendekatan kritikan luaran dan kritikan dalaman. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa Ahmad ibn Tulun berjaya memperkasakan ketenteraan beliau dengan membawa masuk jumlah tentera yang ramai daripada pelbagai bangsa dan wilayah. Beliau juga membangunkan armada laut dan mewujudkan Dar al-Sinaah serta pos menara kawalan di sepanjang pesisir pantai Mesir dan Sham. Seterusnya, kajian ini juga mendapati industri pembuatan senjata turut diberi keutamaan dengan pembinaan kilang pengeluaran senjata, Masna ibn Tulun. Kredibiliti beliau juga dicerminkan menerusi sebuah pemerintahan yang berpaksikan sistem hierarki ketenteraan dan pangkat. Sementara itu, kebajikan anggota tentera dari sudut penempatan dan penggajian juga dititikberatkan dengan pelaksanaan sistem yang holistik. Kemuncak kekuatan ketenteraan Ahmad ibn Tulun dibuktikan dengan kejayaan beliau sebagai pemerintah pertama yang berjaya memerdekakan Mesir sejak Futuhat Islamiyyah di benua tersebut. Sumbangan kajian ini memberi kesedaran kepada para pengkaji sejarah dan tamadun Islam era cAbbasi dan Tuluni mengenai kehebatan pemerintahan dan kekuatan ketenteraan Ahmad ibn Tulun dalam kelestarikan kekuasaan politik Kerajaan Tuluniyyah di Mesir.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Tulunids | |
dc.subject | Military history -- Egypt | |
dc.subject | Egypt -- History -- 640-1250 | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kekuatan ketenteraan Amir Ahmad Ibn Tulun (254-270H/868-884M) dalam pemerintahan kerajaan Tuluniyyah di Mesir | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 212 | |
dc.identifier.callno | DT95.55.Z33 2018 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004254(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_113556+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 14.68 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.