Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458056
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | A'dawiyah Ismail, Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Shahirah Amelia Mat Rohani (P81296) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:21:04Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:21:04Z | - |
dc.date.issued | 2019-05-22 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:112729 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458056 | - |
dc.description | Kesibukan dan komitmen yang tinggi terhadap kerjaya memberi kesan kepada kesihatan wanita berkerjaya seperti berlaku penurunan tahap kesuburan. Ketidaksuburan wanita berkerjaya semakin meningkat berpunca daripada beberapa faktor. Hal ini boleh membawa penurunan kadar kelahiran dan mengakibatkan ketidaksuburan dalam kalangan wanita berkerjaya. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tanggungjawab wanita berkerjaya, mengkaji pandangan wanita berkerjaya terhadap faktor-faktor ketidaksuburan wanita dan menganalisis amalan untuk meningkatkan kesuburan wanita berkerjaya. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan. Data dikumpulkan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan dalam pemilihan sampel kajian. Seramai 134 orang sampel terdiri daripada wanita yang bekerja. Dalam kajian ini data dianalisis dengan teknik statistik deskriptif menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) versi 23. Nilai Alpha Cronbach yang dihasilkan untuk kesemua item soal selidik adalah baik dan sangat tinggi iaitu ἁ = 0.961. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min untuk tanggungjawab wanita berkerjaya adalah tinggi (min=4.41), faktor ketidaksuburan wanita berkerjaya berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.80) dan amalan untuk meningkatkan tahap kesuburan pula berada pada tahap tinggi (min=4.47). Secara keseluruhan kajian ini menunjukkan skor min faktor ketidaksuburan iaitu faktor berat badan dan pengambilan makanan (min=4.08) serta amalan gaya hidup sihat adalah tertinggi (min=4.57). Implikasi kajian ini kepada wanita berkerjaya adalah meningkatkan kefahaman mereka dalam mengatasi faktor ketidaksuburan,menambahkan ilmu pengetahuan tentang pengambilan makanan dan cara gaya hidup sihat serta memperbanyakkan amalan kerohanian bagi wanita Muslim. Justeru, wanita berkerjaya perlu menitikberatkan dan memberi perhatian terhadap faktor ketidaksuburan agar mewujudkan kesejahteraan, ketenangan dan keharmonian dalam kehidupan mereka.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Wanita berkerjaya | - |
dc.subject | Ketidaksuburan | - |
dc.subject | Kesuburan | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Persepsi wanita berkerjaya terhadap faktor ketidaksuburan wanita | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 178 | - |
dc.identifier.barcode | 004287(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_112729+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.83 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.