Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458054
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuzaini Sulaiman, Dr.-
dc.contributor.authorFilzah Syarah Md Bahrin (P78814)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:03Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:03Z-
dc.date.issued2018-01-01-
dc.identifier.otherukmvital:112724-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458054-
dc.descriptionIslam sangat menitikberatkan mengenai pemeliharaan agama, diri, akal, maruah, keturunan dan harta. Sekiranya aspek ini tidak dipelihara sebaiknya, ia akan membawa kerosakan terhadap kehidupan manusia. Penyalahgunaan ganja adalah isu yang perlu diambil berat oleh semua pihak. Namun terdapat cadangan supaya kerajaan mengkaji semula dan meminda status pengharaman ganja kerana ia dikatakan mampu mengurangkan stres serta memberi ketenangan akibat tekanan hidup terutama dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang. Walau bagaimanapun berdasarkan kaedah qiyas, Islam menyamakan segala jenis dadah dengan arak iaitu perkara yang memabukkan, menghilangkan kewarasan akal dan pertimbangan diri. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesesuaian penggunaan ganja dalam perawatan psikiatri di samping menganalisis prinsip syarak sebagai panduan utama dalam menyelesaikan isu ini. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kesan-kesan yang timbul supaya tidak berlaku pencabulan kepada agama, akal, diri dan harta. Metode kajian ini ialah kualitatif yang berbentuk analisis dokumen dengan mengumpulkan data melalui sumber-sumber primer dan sekunder serta temu bual separa struktur. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif, deduktif dan induktif. Kajian ini penting supaya masyarakat tidak menggunakan jalan pintas dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan serta untuk menutup segala pintu-pintu yang membawa kepada kerosakan. Hasil kajian berdasarkan prinsip dan kaedah syarak mendapati bahawa setiap sesuatu pengharaman membawa kepada keburukan dan bahaya. Ganja bukanlah alternatif terbaik bagi merawat stres malahan ia hanya mendapat 'ketenangan' yang bersifat sementara. Implikasi kajian mencadangkan agar masyarakat menggunakan pendekatan biologi, psikologi, sosial dan spiritual bagi memelihara kesihatan mental sekali gus kesihatan fizikal.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectGanja-
dc.subjectKesihatan mental-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenggunaan ganja dalam perawatan psikiatri menurut perspektif Islam-
dc.typetheses-
dc.format.pages144-
dc.identifier.barcode004285(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112724+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.