Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458049
Title: Pemujukan dalam komunikasi dakwah terhadap masyarakat Orang Asli di Selangor
Authors: Nur Uswah Ahmad Fauzi (P85202)
Supervisor: Zulkefli Haji Aini, Dr.
Keywords: Da'wah (Islam) -- Selangor
Indigenous people -- Malaysia -- Religious aspects
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Jun-2018
Description: Proses komunikasi dalam penyampaian mesej dakwah kepada masyarakat Orang Asli menuntut kepada usaha pendakwah membimbing perubahan positif terhadap pengamalan dan penghayatan ajaran Islam. Kajian ini bertujuan mengenal pasti skop komunikasi dakwah yang berlangsung di antara pendakwah dengan masyarakat Orang Asli dalam konteks pemujukan, mengkaji bentuk komunikasi pemujukan yang digunakan oleh pendakwah dan menganalisis strategi pemujukan pendakwah dalam komunikasi dakwah yang berlangsung. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pengumpulan data kajian menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur terhadap 9 orang peserta kajian yang dipilih secara bertujuan terdiri daripada Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), Panel Dakwah Mualaf (PDM), Pertubuhan Persatuan Kebajikan Orang Asli Selangor dan Yayasan al-Khalifah yang terlibat dengan dakwah masyarakat Orang Asli. Data-data daripada temu bual pula dianalisis menggunakan kaedah tematik yang meliputi prosedur membuat transkripsi dan reduksi. Hasil kajian mendapati mawḍcū komunikasi dakwah yang berlangsung mencakupi aspek akidah, fikah dan akhlak namun mesej akidah yang terkandung dalam enam rukun iman diberi penekanan oleh pendakwah dalam usaha memantapkan dan memurnikan keimanan masyarakat ini. Bentuk-bentuk komunikasi pemujukan pendakwah pula terdiri daripada dakwah bi al-Ḥāl, komunikasi interpersonal, komunikasi kelompok dan alat komunikasi media. Manakala, strategi pemujukan pendakwah dalam komunikasi dakwah yang berlangsung kredibiliti pendakwah iaitu melibatkan autoriti pendakwah melalui pelantikan dan kerjasama dengan institusi Islam, ilmu pengetahuan, matlamat berdakwah, amal ibadah dan akhlak terpuji serta aplikasi perubahan masyarakat Orang Asli terdiri daripada aspek kognitif, tingkah laku dan emosi. Justeru, pendekatan pemujukan sebagai strategi dalam komunikasi dakwah masyarakat Orang Asli dapat membentuk pemikiran, penghayatan dan pengamalan ajaran Islam secara rela hati. Kajian ini dapat memberi implikasi kepada agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri dan badan-bukan kerajaan sebagai usaha meningkatkan keberkesanan dalam gerak kerja dakwah masyarakat Orang Asli.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 189
Call Number: BP170.85.N8463 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458049
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111471+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.