Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458048Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Abdul Basir Muhamad, Prof. Dr. | |
| dc.contributor.author | Aqilah Abdul Aziz (P73334) | |
| dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:21:02Z | - |
| dc.date.available | 2023-09-13T07:21:02Z | - |
| dc.date.issued | 2018-06-12 | |
| dc.identifier.other | ukmvital:111470 | |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458048 | - |
| dc.description | Fatwa merupakan sesuatu yang perlu dan sentiasa menjadi tempat rujukan umat Islam dan berperanan menyelesaikan masalah-masalah hukum yang timbul. Antaranya dalam masalah shisha, penyalahgunaan air daun ketum dan sebagainya. Oleh itu, Institusi fatwa merupakan badan yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini. Di samping itu, berperanan mengeluarkan sesuatu fatwa bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan pendapat ulama serta penggunaan kaedah fiqh. Namun begitu, ketika proses pemfatwaan dilakukan, tiada kenyataan yang khusus tentang penggunaan kaedah fiqh dalam pengeluaran sesuatu fatwa tersebut. Justeru, untuk menganalisis isu-isu ini, kaedah fiqh akan diaplikasikan yang mana ia telah disimpulkan oleh para ulama fiqh dengan merujuk kepada nas-nas daripada al-Quran dan al-Sunnah dan kesimpulan hukum yang terdapat dalam karya-karya klasik dalam mengeluarkan sesuatu fatwa khususnya di negeri Perlis bagi menyokong dalil-dalil yang digunakan. Objektif kajian adalah menjelaskan perbahasan ulama berkaitan kaedah fiqh secara umum serta mengkaji proses pengeluaran fatwa negeri Perlis. Seterusnya menganalisis keperluan perincian kaedah fiqh dalam penentuan hukum. Limitasi kajian ialah menganalisa buku himpunan keputusan fatwa negeri Perlis. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan reka bentuk analisis kandungan daripada sumber primer, sekunder dan temubual separa struktur. Data-data terkumpul dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa Jabatan Mufti Negeri Perlis merupakan institusi fatwa yang mengkhabarkan pelbagai masalah hukum yang timbul dalam kalangan masyarakat Islam. Prosedur pengeluaran fatwa negeri Perlis berdasarkan penafsiran fatwa yang mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006. Kajian mendapati tidak semua fatwa yang direkodkan dalam buku himpunan keputusan fatwa negeri Perlis menggunakan kaedah fiqh. Terdapat beberapa fatwa sahaja yang menggunakan kaedah fiqh namun ia tidak menyeluruh. Hasil kajian mendapati Jabatan Mufti Negeri Perlis menggunakan kaedah-kaedah fiqh yang khusus dalam proses penentuan hukum walaupun tidak dinyatakan dengan jelas dalam laporan-laporan fatwa yang diwartakan. Kajian mencadangkan agar sesuatu fatwa perlu diperincikan dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah fiqh agar masyarakat lebih memahami kepentingan kaedah fiqh sebagai sumber sokongan dalam menentukan sesuatu hukum selain al-Quran, al-Sunnah dan pandangan ulama.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | |
| dc.language.iso | may | |
| dc.publisher | UKM, Bangi | |
| dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
| dc.rights | UKM | |
| dc.subject | Fatwas -- Perlis | |
| dc.subject | Islamic law -- Malaysia -- Sources | |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
| dc.title | Aplikasi kaedah fiqh terhadap fatwa negeri Perlis | |
| dc.type | theses | |
| dc.format.pages | 121 | |
| dc.identifier.callno | BP158.F3A66 2018 tesis | |
| dc.identifier.barcode | 004204(2019) | |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| ukmvital_111470+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.83 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.
