Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458042
Title: | Kesediaan untuk berkomunikasi bahasa Arab dan variabel psikologi yang mempengaruhinya: pendekatan Model Rasch & Model Jalur |
Authors: | Siti Rahmah Borham (P78770) |
Supervisor: | Hakim Zainal |
Keywords: | Arabic language -- Study and teaching (Higher) Arabic language -- Communication Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 26-Jun-2018 |
Description: | Matlamat utama pembelajaran bahasa adalah melahirkan pelajar yang kompeten untuk berkomunikasi dalam pelbagai konteks. Walau bagaimanapun, sejauhmana kesediaan atau kesanggupan pelajar untuk berkomunikasi atau Willingness to Communicate (WTC) dalam bahasa sasaran, dan variabel-variabel yang mempengaruhi tahap WTC mereka terus menjadi isu perbincangan para sarjana. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen WTC-FLSE (Willingness to Communicate in a Foreign Language Scale-Extended) dan mengukur tahap WTC pelajar Prasiswazah FPI, UKM dalam bahasa Arab dengan Model Rasch. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh langsung postur antarabangsa, tanggapan kompetensi berkomunikasi, penghargaan kendiri dan ketarasedar terhadap WTC pelajar Prasiswazah FPI, UKM dalam bahasa Arab dan menganalisis pengaruh postur antarabangsa, penghargaan kendiri dan ketarasedar terhadap WTC pelajar Prasiswazah FPI, UKM dalam bahasa Arab melalui tanggapan kompetensi berkomunikasi. Kajian kuantitatif ini dijalankan terhadap 323 orang pelajar Prasiswazah FPI, UKM yang dipilih melalui pensampelan kluster pelbagai peringkat. Instrumen kajian ini terdiri daripada 91 item soal selidik dan data dikumpul melalui pentadbiran soal selidik. Setelah itu, data dianalisis berasaskan Model Rasch dan Model Jalur. Hasil kajian menunjukkan bahawa indeks kebolehpercayaan item WTC-FLSE mencatatkan nilai yang tinggi iaitu 0.94. Justeru, instrumen ini dapat digunakan untuk mengukur tahap WTC pelajar Prasiswazah FPI, UKM dalam bahasa Arab. Selain itu, analisis Rasch menunjukkan indeks ukuran tertinggi bagi individu adalah 7.76, ukuran terendah -6.46 dan tiada ukuran mencatatkan 0.00. Dapatan ini menjelaskan bahawa kesemua responden mempunyai tahap WTC dalam bahasa Arab dan tahap WTC mereka dibezakan kepada WTC sangat tinggi, WTC tinggi,WTC sederhana, WTC rendah dan WTC sangat rendah. erdasarkan analisis Model Jalur, postur antarabangsa dan tanggapan kompetensi berkomunikasi didapati mempengaruhi secara langsung terhadap WTC pelajar Prasiswazah FPI, UKM dalam bahasa Arab. Hasil kajian juga menunjukkan postur antarabangsa, penghargaan kendiri dan ketarasedar mempengaruhi WTC pelajar Prasiswazah FPI, UKM dalam bahasa Arab melalui tanggapan kompetensi berkomunikasi. Dapatan ini memberi implikasi terhadap perkembangan teori WTC agar dapat membangunkan instrumen WTC berdasarkan atribut dan situasi. Dapatan kajian ini juga memberi kefahaman yang jelas berkaitan tahap WTC dalam kalangan pelajar bahasa Arab, serta membantu guru-guru bahasa Arab dalam meningkatkan kesediaan psikologi seperti postur antarabangsa, tanggapan kompetensi berkomunikasi, penghargaan kendiri dan ketarasedar, sejurus dapat meningkatkan WTC pelajar dalam bahasa Arab.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 187 |
Call Number: | PJ6065.S56 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111455+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.33 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.