Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458041
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Zamro Muda, Dr.
dc.contributor.authorNorazuatika Mohamad Nordin (P70947)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:00Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:00Z-
dc.date.issued2018-05-18
dc.identifier.otherukmvital:111454
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458041-
dc.descriptionAmalan wakaf di Malaysia telah dipraktikkan sebelum kemunculan penjajah ke tanah air. Sehingga kini, berbagai wakaf kontemporari telah diperkenalkan selain wakaf tradisional seperti wakaf tunai, wakaf sukuk, wakaf saham dan sebagainya seiring dengan peredaran zaman. Di samping perkembangan, institusi wakaf turut menghadapi isu harta wakaf yang tidak mempunyai nilai pembangunan lalu pendekatan istibdal digunakan sebagai penyelesaian. Walau demikian, pendedahan terhadap amalan istibdal wakaf saham kurang diberikan sebagaimana istibdal harta wakaf tanah. Di samping itu, pembangunan wakaf saham juga tidak memberangsangkan kerana hanya syarikat Johor Corporation (JCorp) sahaja dikenalpasti mengamalkan wakaf saham di Malaysia. Bagi menggalakkan pembangunan wakaf saham di negara ini, maka pelaksanaan wakaf saham dan pendekatan istibdal terhadapnya menurut syarak dan peruntukan undang-undang perlu dikaji untuk dijadikan contoh kepada pihak yang berkaitan. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti konsep wakaf saham menurut syarak dan perundangan di Malaysia. Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk mengkaji prosedur pelaksanaan istibdal wakaf saham di Malaysia serta menganalisis amalan istibdal wakaf saham di JCorp. Bagi tujuan tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk analisis kandungan. Seterusnya, menggunakan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Manakala data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif. Seiring dengan Tafsiran wakaf saham di beberapa negeri, hasil kajian mendapati pelaksanaan wakaf saham bertepatan dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh ulama sekiranya saham yang diwakafkan dan dana yang disalurkan menepati syarak. Selain itu, walaupun tidak terdapat peruntukan khusus untuk istibdal wakaf saham, namun kelulusan daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jawatankuasa Fatwa Negeri diperlukan berhubung prosedur pelaksanaannya. Pendekatan istibdal wakaf saham oleh JCorp adalah untuk mengekalkan jumlah Nilai Aset Bersih (NTA) unit saham wakaf asal selepas mendapat kelulusan daripada MAIN dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor. Kajian ini memberi implikasi kepada MAIN dan syarikat-syarikat korporat (NGO) yang terlibat dengan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectWaqf -- Malaysia
dc.subjectCharitable uses
dc.subjecttrusts and foundations (Islamic law) - Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePelaksanaan istibdal wakaf saham di JCorp menurut syarak dan perundangan di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages156
dc.identifier.callnoBP158.W26N63 2018 tesis
dc.identifier.barcode004198(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111454+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.