Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458040
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMazlan Ibrahim, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAbdullah Aqil Faqihi Che Mohd Rahim (P78107)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:20:59Z-
dc.date.available2023-09-13T07:20:59Z-
dc.date.issued2018-06-13-
dc.identifier.otherukmvital:111453-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458040-
dc.descriptionMajalah Pengasuh merupakan majalah agama tertua di Malaysia yang masih lagi menggunakan tulisan jawi sebagai pengantarnya semenjak edisi pertama dikeluarkan pada 1 Syawal 1918 sehingga kehari ini. Ramai Ulama dan Cendiakawan Melayu telah menyumbangkan pemikiran mereka di dalam majalah tersebut yang hampir satu abad lamanya dalam berbagai disiplin ilmu tentang agama Islam. Dalam kepesatan penerbitan pelbagai rencana agama di dalam majalah tersebut, didapati penulisan tafsir al-Quran merupakan salah satu cabang ilmu yang berkembang dengan luas namun tidak diberikan perhatian yang khusus oleh sebilangan penyelidik yang giat mengkaji dan meneroka isi kandungan majalah ini. Analisa awal mendapati penulisan tafsir al-Quran dalam majalah Pengasuh telah berkembang dengan cukup lama menjangkaui hampir separuh umur majalah itu sendiri. Tafsir al-Quran yang pertama dikesan telah bermula seawal tahun 1953 bersambung secara bergilir-gilir sehingga keterbitan pada tahun 2015. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memberi penelitian terhadap siapakah penulis tafsir al-Quran yang wujud di dalam majalah Pengasuh sepanjang berlangsungnya penulisan itu dan apakah pula metodologi yang diguna pakai oleh mereka. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan penekanan kepada analisis dokumen yang memfokuskan kepada kandungan tafsir al-Quran dalam majalah tersebut dan juga menggunakan metode temubual separa struktur bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan penulis-penulis tafsir dalam majalah itu. Hasil kajian mendapati sepanjang 62 tahun penerbitan tafsir al-Quran, terdapat sebanyak 9 orang penulis yang aktif menggerakkan penulisan ini bermula dengan Hassan Muhammad, KH.Munawwar Khalil,Guru Muda, Dato' Dr. Wan HuseinAzmi, M.Iqbal, M.Zulni, Dato' Yusoff Zaky, Roslan Abdul Ghani dan Dr. Abdul Hafiz Abdullah. Kesemua mereka telah berjaya meneruskan penulisan tafsir al-Quran di dalam majalah Pengasuh dengan metode tafsir masing-masing seperti kaedah tafsir bi al-Ma'thur, tafsir bi al-Ra'yi, tafsir bi Ilmi dan tafsir Maw'dui. Kajian ini bertepatan dengan hasrat Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk melihat perkembangan ilmu Islam dalam majalah Pengasuh sempena dengan sambutan ke-100 tahun majalah tersebut pada tahun 2018.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectQur'an -- Commentaries-
dc.subjectQur'an as literature-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePerkembangan pengajian tafsir al-Quran dalam majalah Pengasuh tahun 1953-2015: kajian terhadap tokoh dan metodologi-
dc.typetheses-
dc.format.pages177-
dc.identifier.callnoBP131.8.A23 2018 tesis-
dc.identifier.barcode004197(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111453+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.