Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458039
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAna Faiza Md Nor (P81595)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:20:59Z-
dc.date.available2023-09-13T07:20:59Z-
dc.date.issued2018-08-30
dc.identifier.otherukmvital:111450
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458039-
dc.descriptionProsedur poligami telah lama wujud namun sukar dipatuhi oleh orang awam dengan tohmahan proses yang lambat dan menyusahkan. Ini terbukti melalui lambakan kes pendaftaran pernikahan poligami yang telah didaftarkan melebihi pendaftaran permohonan kebenaran poligami sejak beberapa tahun terakhir ini. Justeru itu kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji perkembangan undang-undang poligami, anggaran tempoh masa dan faktor kelewatan perbicaraan permohonan kebenaran poligami serta faktor penolakan permohonan poligami di Selangor. Metodologi kajian adalah secara kualitatif dengan merujuk kepada peruntukan undang-undang dan kes-kes yang berkaitan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Temubual separa struktur dijalankan dengan para hakim dan pentadbir di Mahkamah Syariah Selangor. Data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan secara tematik. Hasil kajian mendapati telah berlaku penambahbaikan terhadap prosedur permohonan kebenaran berpoligami yang dibuat melalui pindaan tahun 2003 dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor yang didapati lebih membela hak wanita atau isteri dari aspek pembahagian harta sepencarian, nafkah dan giliran antara isteri-isteri. Terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi tempoh masa permohonan poligami seperti keizinan atau persetujuan isteri, kehadiran pihak-pihak dalam prosiding kes dan faktor penyampaian saman kepada Defendan telah memberi impak pada tempoh masa kes permohonan kebenaran poligami. Analisis menunjukkan bahawa majoriti kes telah dapat diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan iaitu sebanyak 44% yang mewakili 210 kes daripada 477 kes keseluruhan yang telah dikaji. Implikasi kajian membuktikan tempoh masa perbicaraan permohonan kebenaran poligami bukanlah disebabkan prosedur yang rumit atau rigid tetapi dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berpunca daripada pihak pemohon yang gagal memenuhi kehendak enakmen.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPolygamy (Islamic law) -- Malaysia -- Selangor
dc.subjectPolygamy -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectMarriage (Islamic law) -- Malaysia -- Selangor
dc.subjectMarriage -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleProsedur dan tempoh masa permohonan kebenaran poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor
dc.typetheses
dc.format.pages187
dc.identifier.callnoBP158.P64A53 2018 tesis
dc.identifier.barcode004196(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111450+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.