Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458038
Title: | Kepimpinan transformasi masjid dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Masjid Putra |
Authors: | Nor Anisah Abu Hanipah (P85111) |
Supervisor: | Razaleigh Muhamat@Kawangit, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Mosques -- Putrajaya -- Malaysia -- Organization and administrations Mosques Mosques as community centers -- Putrajaya -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Aug-2018 |
Description: | Kepimpinan transformasi adalah salah satu daripada gaya kepimpinan yang telah dikaji oleh para Sarjana. Ia merupakan suatu kepimpinan yang melibatkan pengaruh ideal seorang pemimpin, ransangan intelek daripada seorang pemimpin, pemimpin yang memberi inspirasi motivasi kepada pengikutnya serta pemimpin yang mempunyai sikap pertimbangan individu. Dalam pengurusan sesebuah institusi, sektor atau apa sahaja yang berkaitan, ciri kepimpinan yang baik merupakan faktor utama sebuah kejayaan terutama bagi institusi masjid yang dilihat berperanan penting dalam perkembangan dakwah di Malaysia. Walaubagaimanapun, adakah kepimpinan transformasi ini menjadi ukuran dalam pelaksanaan EKSA di Masjid Putra dan memberi kesan kepada kakitangan Masjid Putra dalam kualiti pengurusan mereka selain mengukuhkan kefahaman mereka mengenai pelaksanaan EKSA yang merupakan salah satu kaedah mengimarahkan masjid. Maka, kepimpinan transformasi ini menjadi teras kajian bagi mencapai objektif utama kajian iaitu tahap amalan kepimpinan transformasi masjid dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Masjid Putra. Selain turut mengkaji ciri-ciri kerja profesional kakitangan dalam pengurusan EKSA hasil kepimpinan transformasi masjid dan tahap kefahaman kakitangan masjid terhadap pelaksanaan EKSA di Masjid Putra. Kajian ini menggunakan metodologi berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan terhadap 32 orang responden dalam kalangan kakitangan Masjid Putra. Soal selidik yang telah diedarkan menggunakan persampelan rawak mudah (Simple Random Sampling) dan data yang diperoleh telah diproses dan dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Hasil analisis mendapati kepimpinan masjid telah mengamalkan kepimpinan transformasi dalam pentadbiran mereka pada tahap yang baik. Manakala kesan daripada kepimpinan transformasi masjid telah menghasilkan ciri-ciri kerja profesional dalam kalangan kakitangan bagi pengurusan EKSA. Selain itu, hasil kajian juga mendapati kakitangan Masjid Putra memahami dengan baik pelaksanaan EKSA. Kajian ini memberi implikasi yang positif terhadap perkembangan institusi masjid dengan menerapkan amalan kepimpinan transformasi dan meluaskan pelaksanaan EKSA sebagai satu kaedah untuk mengimarahkan masjid.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 128 |
Call Number: | BP187.62.N647 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111449+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.