Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458037
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Arif Nazri, Dr. | |
dc.contributor.author | Muhammad Faiz Fathi Asmori (P62547) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:20:58Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:20:58Z | - |
dc.date.issued | 2018-06-06 | |
dc.identifier.other | ukmvital:111448 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458037 | - |
dc.description | Sepuluh buah buku motivasi iaitu Ada Bagus Bagusss, Jangan Main-Main, Fikir-Fikirlah, Membina Cinta Sayang, Nak Jadi Jadi dan Oi! Bangunlah Oi! karangan Dr. HM Tuah Iskandar, Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah karangan Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof, Mak, Abah.. Redailah Anakmu, Rahsia Minda Hebat dan 10 Terminal Syurga Rumah Tangga karangan penulis utama Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood merupakan buku yang menyajikan motivasi Islam yang sarat dengan ayat-ayat al-Quran dan Hadis. Namun, wujud penggunaan hadis-hadis dalam buku motivasi yang tidak dinyatakan hukumnya dengan jelas, periwayatan matannya secara makna serta diambil daripada sumber yang pelbagai dan tidak diketahui asalnya. Memandangkan buku-buku ini merupakan buku yang dikategorikan sebagai buku yang popular dan tersebar luas serta dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat, maka seharusnya nilai keabsahan sesuatu hadis perlu diambil perhatian. Setiap hadis yang tidak jelas statusnya perlu dilakukan kajian dan diberikan penjelasan. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti buku-buku motivasi yang cenderung menggunakan hadis dalam penulisan mereka, mengkaji dan menilai metode penggunaan hadis yang dikemukakan serta menganalisis kedudukan hadis yang digunakan dalam buku-buku motivasi sama ada ia diterima atau ditolak. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif dengan pendekatan metode analisis kandungan. Data-data dikumpul melalui kaedah pengumpulan data yang dilakukan terhadap 10 buah buku tersebut. Kemudian analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan kajian takhrij. Skop kajian adalah 10 buah buku-buku motivasi yang popular sahaja. Hasil analisis terhadap 123 buah hadis mendapati bahawa hadis yang boleh diterima berjumlah 83 buah hadis yang terdiri daripada 69 buah hadis sahih, 10 buah hadis hasan 4 hadis hasan li ghayrihi manakala hadis yang tertolak berjumlah 32 buah hadis yang terdiri daripada 19 buah hadis da'if, 4 buah hadis da'if jiddan dan 9 buah hadis mawdu' dan 8 buah hadis yang belum dikenalpasti. Dapatan kajian mendapati 32.6% merupakan hadis yang tertolak dan yang belum dikenalpasti berbanding 67.4% hadis yang diterima. Walaupun peratusnya dilihat rendah berbanding hadis yang diterima, namun sekiranya ia tidak dijelaskan secara ilmiah, akan menyebabkan hadis-hadis tersebut terus berleluasa dalam kalangan masyarakat. Maka kajian ini adalah penting bagi memastikan dan menjamin hadis terus kekal tulen. Secara keseluruhannya, implikasi kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menyemak status hadis sebelum menyebarkannya dan menambahkan sumbangan ilmu dalam kajian hadis.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Hadith | |
dc.subject | Hadith -- Authorities | |
dc.subject | Motivation (Psychology) | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penggunaan dan status hadis dalam buku motivasi Islamik | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 400 | |
dc.identifier.callno | BP136.9.M83 2018 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004194(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111448+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.