Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457867
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHawa Hishamuddin, Dr.
dc.contributor.authorNuramilawahida Mat Ropi (P94375)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:14:34Z-
dc.date.available2023-09-12T09:14:34Z-
dc.date.issued2022-01-07
dc.identifier.otherukmvital:126741
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457867-
dc.descriptionPengoptimuman rantaian bekalan gelung tertutup (CLSC) adalah penting bagi syarikat untuk menentukan model perniagaan yang baik bagi memenuhi permintaan pelanggan, kelestarian persekitaran dan potensi nilai pemulihan. Proses pembuatan semula merupakan langkah mesra alam dan dapat menjadikan komponen dan bahan digunakan bertahan lebih lama. Pengurangan kos dalam proses pembuatan semula dapat memberikan impak yang positif kepada sektor pembuatan dalam usaha melestarikan alam sekitar sejajar dengan pembangunan industri automotif negara. Ketersediaan alat ganti sangat penting agar proses pembuatan semula dapat berjalan lancar. Kajian ini berteraskan tiga objektif utama iaitu (1) mengenal pasti permasalahan operasi sedia ada dan ketidakpastian dalam rantaian pembekalan komponen automotif di Malaysia, (2) membangunkan sistem sokongan keputusan model matematik bagi pengurusan inventori rantaian bekalan pembuatan semula dengan mengambil kira gangguan yang berlaku dan (3) menentusahkan sistem sokongan keputusan yang dibangunkan dengan data industri sebenar. Siasatan kajian kes telah dijalankan di tiga syarikat pembuatan semula untuk menilai gangguan dan ketidakpastian yang dihadapi oleh pembuatan semula. Dengan menggunakan analisis Statistical Package for the Social Sciences (SPSS), data yang dikumpulkan dari kajian kes menunjukkan bahawa masalah ketersediaan alat ganti memperoleh nilai min yang tertinggi iaitu 4.8, berbanding aspek ketidakpastian yang lain. Oleh itu, model I telah dibangunkan untuk menganalisis kos keseluruhan sistem dan tempoh pemulihan yang optimum dalam menghadapi ketidakpastian sekiranya konsistensi proses pembuatan semula terganggu. Model yang dibangunkan di kategori sebagai permasalahan pengaturcaraan kuadratik terkekang yang tidak linear dan diselesaikan dengan menggunakan LINGO. Analisis sensitiviti menunjukkan bahawa kehilangan jualan adalah lebih berkesan dalam mengoptimumkan kos sistem secara keseluruhan berbanding dengan pesanan tertunda, kerana masa pemulihan yang lebih singkat boleh dicapai apabila permintaan yang tidak dipenuhi menjadi jualan hilang, mengakibatkan pengurangan kuantiti item pembuatan semula. Seterusnya, model II telah dibangunkan untuk menentukan jadual pemulihan optimum sekiranya perubahan berlaku semasa proses pembuatan dan pembuatan semula. Model II telah diselesaikan menggunakan Algoritma Genetik, di mana perbandingan penyelesaian dibuat dengan LINGO. Daripada analisis keputusan, model II menunjukkan penambahbaikan dalam jumlah kos (TC) , di mana pengurangan sebanyak 8% dalam nilai TC. Model II menunjukkan penambahbaikan dalam jumlah kos, di mana pengurangan sebanyak 33%, 46% dan 55% dalam kos persediaan, kos pegangan dan kos pesanan tertunda. Namun begitu, perbezaan peratusan ini menunjukkan model II adalah lebih kukuh berbanding dengan model I, mencadangkan bahawa pengoptimuman keseluruhan sistem pembuatan semula harus diambil kira apabila menangani gangguan. Model yang dicadangkan ini disahkan dengan menggunakan data daripada syarikat pembuatan semula yang terkesan semasa gangguan alat ganti berlaku. Keputusan pengesahan model dapat memberi gambaran kepada pihak pembuatan dalam menentukan penyelesaian yang tepat bagi krisis yang melanda dengan mengambil kira aspek harga seunit kos alat ganti, tempoh persediaan dan jumlah kos pemulihan.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectRantaian bekalan gelung tertutup
dc.subjectAlat ganti
dc.subjectPembuatan semula
dc.titleModel pemulihan inventori bagi rantaian bekalan gelung tertutup tertakluk kepada ketidakpastian alat ganti
dc.typetheses
dc.format.pages182
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126741+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.