Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457843
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamaliah Md Jahim, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorSiti Syazwani Mohd Shah (P88958)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:14:12Z-
dc.date.available2023-09-12T09:14:12Z-
dc.date.issued2019-12-18-
dc.identifier.otherukmvital:123560-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457843-
dc.descriptionPenggunaan biojisim berlignoselulosa dalam pengeluaran bahan kimia bernilai tinggi melalui pendekatan biokimia dijangka akan menggantikan proses kimia dalam pengurangan D-xilosa melalui penghidrogenan katalitik. Kenaf (Hibiscus cannabinus L.), telah diperkenalkan sebagai bahan mentah yang berpotensi kerana hidrolisatnya yang kaya xilosa. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis pengaruh proses hidrolisis asid nitrik cair pada batang pokok kenaf dan selanjutnya mengkaji kesannya pada fermentasi oleh mikroorganisma rekombinan, Escherichia coli BL21 (DE3) untuk menghasilkan xilitol. Kesan kepekatan asid nitrik, suhu prarawatan dan masa tahanan dikaji untuk menentukan keadaan optimum bagi pengeluaran xilosa tertinggi. Ujikaji hidrolisis dilakukan di dalam botol kaca Schott Duran® 1-L dengan nisbah biojisim-cecair 1:10 (w/v). Hidrolisat telah diperolehi melalui penapisan, dan baki sisa pepejal dibuang. Hasil ujikaji mendapati kepekatan xilosa tertinggi 30.66 g/100 g kenaf kering telah dicapai pada keadaan hidrolisis 130 °C, 60 min dan 2% (v/v) asid nitrik. Hidrolisat kenaf yang terhasil kemudiannya melalui proses penyahtosikan oleh penjerapan karbon teraktif sebanyak 2.5% selama 60 minit diikuti dengan peneutralan menggunakan natrium hidroksida pada pH 7 untuk mengurangkan sebatian larutan perencat fermentatif di dalam medium. E. coli rekombinan dengan ungkapan gen xilosa reduktase (xr) telah digunakan untuk menghasilkan xilitol dari xilosa dalam kajian ini. Pada peringkat awal, kultur sesekumpul E. coli rekombinan dilakukan dalam lima jenis medium yang berbeza iaitu medium garam basal (BSM), kaldu teriffic (TB), kaldu super optimum (SOB), medium minima M9 dengan gliserol (M9gli) dan medium minima M9 dengan glukosa (M9glu) yang mengandungi 30 g/L xilosa, sebagai sumber karbon untuk penghasilan xilitol. Penukaran xilosa ke xilitol disiasat dalam bioreaktor 2-L yang dikacau selama 96 jam. Kepekatan xilitol tertinggi iaitu 9.6 g/L telah didapati dari medium BSM yang menghasilkan 0.35 xilitol/g xilosa dan produktiviti 0.25 g/L.h, dan diikuti dengan nilai yang lebih rendah oleh TB, SOB, M9glu dan terendah dalam M9gli. Hidrolisat yang terkandung kebanyakannya xilosa telah ditambah dengan nutrien BSM dan digunakan sebagai bahan mentah untuk E. coli rekombinan dalam mengkaji keupayaan medium berasaskan hidrolisat ketika fermentasi. Ujikaji fermentasi dijalankan dalam bioreaktor 2-L pada 250 rpm dan suhu 37 °C. Xilosa dan glukosa dalam medium berasaskan hidrolisat kenaf telah digunakan hampir 68% dan menghasilkan kepekatan xilitol, hasil dan produktiviti masing-masing sebanyak 6.8 g/L, 0.38 g/g dan 0.15 g/L.h. Kajian ini membuktikan keberkesanan penggunaan hidrolisat kenaf yang murah sebagai sumber karbon yang berpotensi untuk pengeluaran xilitol dengan fermentasi oleh E. coli rekombinan BL21 (DE3).,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectFermentatif xilitol-
dc.subjectKenaf-
dc.subjectRekombinan-
dc.titlePenghasilan fermentatif xilitol dari batang pokok kenaf terhidrolisis asid nitrik cair oleh Escherichia coli rekombinan-
dc.typetheses-
dc.format.pages138-
dc.identifier.barcode005749(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123560+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.