Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457841
Title: Kerangka kos penggunaan ruang universiti awam di Malaysia
Authors: Nurfidatul Ema Saaidin (P92787)
Supervisor: Adi Irfan Che Ani, Prof. Madya Sr. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Kos
Ruang
Issue Date: 18-Dec-2019
Description: Ruang pengajaran dan pembelajaran merupakan hak milik dan perlu diuruskan oleh pihak sesebuah universiti itu sendiri. Impak daripada pengurusan sumber fizikal di sesebuah universiti yang kurang baik akan memberikan kesan daripada segi kelancaran kewangan. Oleh itu kepentingan kajian ke atas penggunaan ruang yang optimum universiti awam serta impaknya dari sudut ekonomi perlu dititikberatkan untuk membantu pihak kerajaan mengurangkan beban perbelanjaan negara. Oleh yang demikian objektif kajian ini adalah untuk menentukan faktor mempengaruhi pengukuran optimum ruang Pengajaran dan Pembelajaran, seterusnya menganalisis komponen-komponen kos yang perlu diambilkira bagi setiap ruang pengajaran dan pembelajaran yang menjadi kos data setiap ruang. Objektif utama adalah untuk membangunkan kerangka kos penggunaan ruang pengajaran dan pembelajaran. Keperluan dan kepentingan untuk mengkaji penggunaan ruang pengajaran dan pembelajaran adalah dari segi ekonomi kerana pengurusan ruang baik dapat menjimat kewangan sesebuah universiti. Memandangkan kos yang tinggi diperlukan untuk pembinaan bangunan baru, penyelenggaraan dan kos penyediaan ruang tambahan maka adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan universiti untuk merangka strategi untuk mengenalpasti komponen kos yang terlibat dalam penggunaan ruang. Kerangka konsep dibangunkan mengandungi 10 konstruk utama dan setiap konstruk mengandungi pecahan item sebanyak 36 item. Seterusnya kaedah soal selidik dipilih dan diedarkan kepada 52 orang responden yang terdiri daripada bahagian penyenggaraan yang lebih memfokuskan kepada pengurusan ruang untuk universiti yang terlibat iaitu universiti teknikal, universiti penyelidikan dan universiti pengurusan, unit perancang ekonomi, Jabatan Kerjaraya dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Kesemua konstruk dan item di analisis menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 16.0, ANOVA dan Teknik analisis MAVT. Kebolehpercayaan setiap konstruk dan item ialah 0.956, ini menunjukkan instrumen kos penggunaan ruang universiti awam di Malaysia sangat baik dan boleh digunapakai. Hasil analisis menunjukkan nilai skor min untuk kesemua konstruks adalah tinggi iaitu 3.78 sehingga 4.21 maka kesemua konstruk boleh digunapakai. Begitu juga dengan nilai skor min bagi kesemua item mendapati bahawa hanya 1 sahaja item (printing dan postage) berada pada nilai sederhana iaitu 3.6 tetapi masih boleh diterima. Seterusnya hasil analisis MAVT pula mendapati bahawa nilai rank di susun mengikut keutamaan kos penggunaan ruang di universiti awam mengikut senarai kedudukan seperti berikut kos pembersihan, kos mekanikal dan elektrikal, kos utiliti, kos awam, kos kewangan, kos kepengunaan, kos penyenggaraan asas/ baik pulih kecil, kos pembinaan, kos keselamatan dan kos pentadbiran/ operasi. Oleh yang demikian kajian ini telah mencapai objektif untuk membangunkan kerangka kos penggunaan ruang pengajaran dan pembelajaran universiti awam di Malaysia.,Sarjana Sains
Pages: 140
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123503+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.