Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457824
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Prof. Ir. Dr. | |
dc.contributor.author | Muhamad Farhan Md Yusoff (P86040) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:13:56Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:13:56Z | - |
dc.date.issued | 2020-08-21 | |
dc.identifier.other | ukmvital:123256 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457824 | - |
dc.description | Pada masa kini, industri pulpa dan kertas kekal kompetitif dalam memenuhi permintaan pasaran kini. Namun secara tidak langsung manusia dan alam sekitar akan terdedah kepada pencemaran yang terhasil daripada industri ini. Kandungan pencemar daripada industri ini mampu memberi kesan terhadap kesihatan manusia dan ekologi. Dalam kajian ini sumber efluen sebenar diperoleh daripada sebuah kilang kertas kitar semula yang terletak di Pahang. Efluen mengandungi bahan pencemar COD, BOD, warna dan TSS yang tinggi melebihi had piawai yang dibenarkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 2009 (EQA 2009). Kini, kesedaran dalam penggunaan teknologi hijau semakin meningkat berbanding kaedah pembersihan mekanikal yang lain, disebabkan teknologi hijau lebih mesra alam, kos efektif dan melibatkan operasi dan penyelenggaraan yang mudah. Pembinaan sistem tanah bencah olahan adalah merupakan salah satu teknologi hijau yang dibina berdasarkan konsep paya buatan. Dalam kajian ini satu sistem tanah bencah olahan berskala loji pandu telah dibangunkan di kilang ini. Tiga jenis sistem berdasarkan jenis aliran permukaan bebas (FSF) dan sub-permukaan (SSF) mendatar menggunakan Scirpus grossus, dan juga sistem fitoremediasi apungan menggunakan Eichornia crassipes telah dioperasikan dengan masa tahanan hidraulik selama 5, 3 dan 1 hari (HRT) dan diukur prestasi berdasarkan empat parameter utama iaitu peratus penyingkiran COD, BOD5, warna dan juga TSS. Objektif kajian ini adalah untuk; (i) menentukan prestasi sistem tanah bencah yang berlainan (FSF-SG, SSF-SG dan FP); (ii) menentukan kesan sistem, HRT, tumbuhan dan sesekat dalam penyingkiran bahan cemar dan; (iii) mengenalpasti komuniti rizobakteria S. grossus dan E. crassipes. Bagi objektif yang pertama, ketiga-tiga sistem mampu menyahcemar bahan cemar melebihi 20.1, 23, 7.8 dan 45.8% masing-masing bagi bahan pencemar COD, BOD5, warna dan TSS. Bagi objektif kedua, Sistem aliran permukaan dengan tumbuhan (SSF-SG) dilihat beroperasi dengan baik sepanjang 262 hari untuk ketiga-tiga HRT berbanding tangki FSF-SG, FSF-SG-B, SSF-K, SSF-SG-B dan FP dalam penyingkiran COD, BOD5, warna dan TSS. Sistem SSF-SG beroperasi dengan baik pada HRT 5 hari dan telah memberikan purata penyingkiran sebanyak 66.9, 70.3, 54.8 dan 82.8% masing-masing bagi COD, BOD5, warna dan TSS. Prestasi penyingkiran pencemar pada HRT 5 hari dilihat lebih stabil dan secara keseluruhan memberikan penyingkiran yang baik berbanding HRT 3 dan 1 hari. HRT 3 hari adalah HRT kedua terbaik dan sistem SSF-SG telah mencatatkan penyingkiran 60.0% COD, 54.0% BOD5, 38.6% warna dan 87.1% TSS. Seterusnya dalam HRT 1 hari penyingkiran yang direkodkan oleh sistem ini adalah terendah berbanding HRT 5 dan 3 hari. Sebanyak 49.0% COD, 44.4% BOD5, 47.2% warna dan 78.7% TSS. Bagi objektif seterusnya, satu kajian telah dilakukan bagi memantau komuniti rhizobakteria daripada akar S. grossus dan E. crassipes. Hasil daripada kajian ini, 16 spesies bakteria telah dikenalpasti (A1, A2, A3, A4, A5, A6, A7, A8, A9, A10, A11, A12, A13, A14, A15 dan A16). Bakteria berkod A15 dan A16 dikelaskan sebagai spesis paling dominan dan dilihat dalam semua tangki. Selain itu, bakteria berkod A1, A2, A4, A8, A9, A10, A11, A12, A13, A14, A15 dan A16 dikategorikan sebagai kumpulan rizobakteria. Secara keseluruhannya, sistem SSF-SG mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan sebagai satu system biopenggilapan air sisa kilang kertas kitar semula.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Sisa industri | |
dc.subject | Biopenggilapan | |
dc.subject | Industri pulpa dan kertas | |
dc.title | Biopenggilapan air sisa industri pulpa dan kertas kitar semula menggunakan tumbuhan akuatik tempatan (Scirpus grossus dan Eichornia crassipes) | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 201 | |
dc.identifier.barcode | 005686(2021)(PL2) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123256+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.85 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.