Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457816
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhamad Azry Khoiry, Dr.
dc.contributor.authorNurul Fathira Misron (P94158)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:13:50Z-
dc.date.available2023-09-12T09:13:50Z-
dc.date.issued2020-07-29
dc.identifier.otherukmvital:122843
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457816-
dc.descriptionPeratusan industri pembinaan semakin meningkat bagi setiap tahun terutamanya kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Tapak pembinaan yang terhad dikatakan mempengaruhi proses pengurusan penyimpanan bahan di tapak. Selain pengendalian yang tidak produktif dan kesalahan dari pihak yang terlibat turut menjadi punca pengurusan penyimpanan bahan bermasalah. Di samping kos perlaksanaan yang tinggi turut melenyapkan penggunaan kemudahan yang canggih di tapak pembinaan. Objektif penyelidikan ini ialah menghasilkan indeks kesesakan tapak binaan bagi pengurusan penyimpanan bahan yang efisien, mengenalpasti pengurusan penyimpanan bahan yang efisien di tapak binaan sesak dan membangunkan model pengurusan penyimpanan bahan binaan yang efisien di tapak binaan sesak. Penyelidikan ini menggunakan kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif di mana kaedah yang digunakan ialah soal selidik, kajian kes dan analisis dokumen. Proses penganalisaan data yang dijalankan oleh penyelidikan menggunakan Exploratory Factor Analysis (EFA) melalui perisian SPSS v.25, Proses Hierarki Analitik (AHP) dengan menggunakan perisian SuperDecision bagi menghasilkan model pengurusan penyimpanan bahan, dan kaedah triangulasi data menggunakan kaedah analisis dokumen untuk mendapatkan jumlah keluasan ruang terbuka bagi tapak projek pembinaan di Kuala Lumpur melalui perisian Adobe Acrobat Professional v.7.0. Kerangka teori pengurusan penyimpanan bahan yang efisien terdiri daripada dua kaedah penghasilan indeks kesesakan tapak iaitu ciri-ciri kesesakan tapak menggunakan rumus Relative Importance Index (RII) dan pengukuran tapak terhadap 16 buah projek jenis kediaman bertingkat dengan mengenalpasti keluasan tapak projek untuk pengiraan indeks kesesakan menggunakan rumus Non-building Coverage Ratio (NBCR). Seterusnya, kerangka teori pengurusan penyimpanan bahan terdiri daripada empat kategori utama pengurusan penyimpanan bahan iaitu 23 item sub-kriteria di bawahnya. Faktor yang terlibat dalam kerangka termasuklah kos, masa dan kualiti. Ciri-ciri kesesakan tapak binaan tertinggi adalah ruang tapak yang sempit untuk operasi kerja-kerja pembinaan (0.8199) dan purata nilai peratusan NBCR bagi semua tapak projek yang dikaji mempunyai indeks kesesakan yang sederhana dan rendah (NBCR > 0.5). Residensi Kepongmas merekodkan indeks kesesakan paling tinggi. Keputusan bagi empat kategori utama pengurusan penyimpanan bahan efisien dengan analisis AHP merekodkan penggunaan sistem yang berimpak (0.548), peranan pihak pembinaan yang mempengaruhi (0.307), aliran kerja pengurusan yang teratur (0.081), dan kaedah penyusunan bahan binaan yang sistematik (0.064). Ini membuktikan penggunaan sistem berimpak adalah pengurusan paling berkesan yang boleh diamalkan oleh pihak pengurusan pembinaan. Tapak projek yang mempunyai indeks kesesakan tinggi perlu mengenalpasti ciri kesesakan yang berlaku di tapak mereka kemudian menjalankan empat kriteria utama dalam kerangka model pengurusan penyimpanan bahan 2 bagi menghasilkan sebuah pengurusan penyimpanan bahan binaan efisien di tapak binaan sesak. Oleh itu, model akhir ini dibentuk bagi menghasilkan rujukan kepada pihak pengurusan penyimpanan bahan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectMaterials -- Storage
dc.subjectConstruction industry
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleModel pengurusan penyimpanan bahan binaan efisien di tapak binaan sesak
dc.typetheses
dc.format.pages229
dc.identifier.callnoTA404.2.N837 2020 3 tesis
dc.identifier.barcode005642(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122843+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
24.83 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.