Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457807
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zulkifli Mohd Nopiah, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Noor Baharin Che Kamaruddin (P41147) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:13:41Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:13:41Z | - |
dc.date.issued | 2012-03-20 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:122298 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457807 | - |
dc.description | Kajian ini dilakukan untuk membangunkan satu algoritma penyuntingan data lesu untuk tujuan pemecutan ujian kebolehtahanan lesu. Penyuntingan data lesu dilakukan bagi menghasilkan isyarat lesu yang lebih pendek dengan menyingkirkan isyarat lesu beramplitud rendah yang tidak menyumbang kepada kerosakan, dan secara langsung ia dapat mengurangkan masa ujikaji. Algoritma yang dibangunkan adalah bertujuan untuk memperkenalkan satu teknik penyuntingan data lesu yang baru iaitu dengan menggunakan analisis pengesanan perubahan mendadak dalam isyarat terikan lesu. Kaedah baru ini dibina berasaskan pengesanan perubahan mendadak yang mana ia dipanggil sebagai Kaedah Pengektrakan Kerosakan Lesu Tergerak (RDE). Kaedah ini dibangunkan melalui gabungan kaedah tetingkap bertindih dan penjelmaan kerosakan lesu. Kaedah ini diaplikasikan bagi mengesan kedudukan isyarat yang mempunyai kerosakan lesu yang tinggi. Isyarat lesu yang mempunyai kerosakan lesu yang tinggi dikesan berdasarkan kepada nilai kerosakan lesu yang diperolehi dalam setiap ruas yang wujud. Dua parameter baru digunakan dalam kajian ini ialah pekali purata jumlah ralat min kuasa dua (MTMSE) dan nilai had pemotongan kerosakan lesu (HPKL). Pekali MTMSE digunakan bagi mendapatkan nilai pertindihan tetingkap yang optimum bagi RDE untuk menghasilkan peruasan terbaik. Nilai MTMSE yang paling mimimum akan memberikan nilai peruasan yang terbaik bagi setiap data yang digunakan. Manakala HPKL pula digunakan bagi mendapatkan nilai kerosakan lesu minimum yang hendak dikekalkan bagi proses penyuntingan. Ruas yang mempunyai nilai yang lebih rendah daripada nilai HPKL akan dipotong dan disingkirkan daripada isyarat asal. Ruas yang dikekalkan akan dicantumkan bagi membentuk isyarat lesu terubahsuai yang lebih pendek. Proses pengesahan dilakukan dengan membandingkan nilai kumulatif kerosakan lesu di antara isyarat asal dan terubahsuai. Nilai HPKL diubah sehingga penyuntingan yang dilakukan menghasilkan isyarat lesu terubahsuai dengan perbezaan kurang daripada 10% berbanding kerosakan lesu dan parameter statistik yang asal. Isyarat pembebanan terikan siri masa yang dicerap pada komponen lengan bawah ampaian kereta yang digunakan dalam kajian ini sebagai data input. Data-data tersebut diperolehi daripada ujikaji pemerolehan data lesu dengan menggunakan tolok terikan dan alat pengumpul data lesu. Sebanyak tujuh jenis data digunakan untuk tujuan simulasi iaitu isyarat daripada Society of Automotive Engineers (SAE) dan data terikan yang diukur pada permukaan jalan yang berbeza. Penggunaan dua model hayat-terikan bagi penjelmaan nilai kerosakan lesu iaitu Morrow dan Smith Watson Topper (SWT) dalam pembangunan algoritma penyuntingan data lesu ini mampu menghasilkan isyarat lesu terubahsuai yang lebih pendek dengan julat pengurangan masa pada 11-32 % bagi kedua-dua jenis penjelmaan melalui kaedah RDE. Berdasarkan kajian korelasi diantara nilai kerosakan lesu dan parameter statistik, didapati kekuatan hubungan antara dua pembolehubah ini dipengaruhi oleh jenis jalan yang digunakan dalam kajian ini yang mana ia menghasilkan pembebanan yang berbeza. Kajian ini menunjukkan kaedah pengektrakan kerosakan lesu tergerak (RDE) dapat digunakan bagi membangunkan algoritma penyuntingan data lesu yang berkesan. Penggunaan analisis pemprosesan isyarat dalam kajian ini juga banyak menyumbang kepada analisis data lesu rawak memandangkan penggunaannya masih baru dalam bidang kebolehtahanan lesu. Algoritma yang dibangunkan dalam kajian ini dicadangkan sebagai satu kaedah alternatif dalam kajian kebolehtahanan terutamanya dalam bidang kejuruteraan automotif.,Sarjana Sains,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" | - |
dc.language.iso | eng | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Materials -- Fatigue | - |
dc.subject | Computer algorithms | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pembangunan algoritma penyuntingan domain masa bagi terikan lesu berdasarkan konsep tindihan tetingkap | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 184 | - |
dc.identifier.callno | TA410.M846 2012 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 005600(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122298+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 24.21 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.