Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457781
Title: Kajian penambahbaikan kerjaya pengajar memandu profesional dari suduant pdang kejuruteraan sistem
Authors: Zulhaidi Mohd Jawi @ Said (P81551)
Supervisor: Baba Md Deros, Prof. Dr.
Keywords: Automobile driving
Automobile driver education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Aug-2018
Description: Elemen pelesenan pemandu di dalam sistem pengangkutan darat adalah amat penting kerana ianya nadi yang menentukan tahap kompetensi pemandu dan menjamin keselamatan di jalan raya seluruhnya. Watak utama di dalam proses pelesenan ini adalah Pengajar Memandu Profesional (PMP), namun kajian ilmiah di seluruh dunia kurang memberi penekanan kepada golongan ini dari segi sistem pengurusan, penetapan kualiti am sebagai pengajar (teori) atau jurulatih (amali), factor pembangunan kerjaya dan skim penggajian, dan sebagainya. Pada masa ini, pihak kerajaan sedang giat melaksanakan transformasi terhadap sistem pelesenan pemandu yang berada pada fasa ketiga mengikut tahap evolusi sistem pelesenan di Malaysia. Antaranya, perubahan taraf operasi daripada Sekolah Memandu (SM) kepada Institut Memandu (IM), penambahbaikan berterusan dalam pengisian Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP), dan pengenalan sistem penggredan 1M untuk jaminan kualiti. Namun begitu, masih banyak elemen transformasi yang sedang berlangsung seperti memperkasakan kerjaya sebagai PMP. Memandangkan tiada kajian asas kepada isu kerjaya PMP selama ini di Malaysia dan rujukan antarabangsa yang terhad, kajian ini telah mengambil pendekatan Kejuruteraan Sistem dengan mengkaji tahap Kepuasan Pekerjaan (JS) dan Kecerdasan Emosi (EI), serta peranan EI dalam menentukan JS. JS dan EI masing-masing dikaji dengan menggunakan instrumen Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ) dan Wong and Law Emotional Intelligence Scale (WLEIS) yang terbahagi kepada empat sub konstruk iaitu Penilaian Emosi Kendiri (SEA), Penggunaan Emosi (UOE), Pengawalan Emosi (ROE) dan Penilaian Emosi Orang Lain (OEA). Tiga objektif khusus kajian ini ialah: untuk mengukur tahap JS di kalangan PDI; untuk mengukur tahap EI di kalangan PMP; dan untuk mengenalpasti sekiranya EI dapat menentukan tahap JS di kalangan PMP. Kajian telah dimulai dengan mengenalpasti isu semasa berkenaan PMP di dalam sistem pelesenan pemandu yang dilakukan serentak dengan kajian kepustakaan, pembangunan kerangka dan hipotesis kajian, pembangunan borang kaji selidik, menjalankan ujian kebolehpercayaan, kebolehgunaan dan kesahan kandungan borang kaji selidik. Proses kaji selidik ini turut dibantu oleh Persatuan Pengajar Memandu Malaysia (MyDIA), dan sebanyak 189 borang kaji selidik yang lengkap telah dianalisis. Di dalam kajian ini, IBM SPSS Versi 21 dan IBM SPSS AMOS Versi 24 telah digunakan untuk menj alankan analisis statistik termasuk Model Persamaan Struktur (SEM). Hasil kajian menunjukkan tahap JS berada pada tahap 76 peratus (tahap baik) , dan ujian ANOVA membuktikan terdapat perbezaan JS yang ketara bagi mereka yang berpendapatan lebih RM 2,000 dan yang menerima gaji secara tetap. Tahap E1 pula berada di aras yang tinggi secara keseluruhan (7.9 daripada 10) dan juga mengikut setiap sub konstruk (antara 7.4 hingga 8.1 daripada 10). Analisis SEM pula mendapati SEA dapat mempengaruhi elemen intrinsik dan ekstrinsik kepuasan kerja, manakala UOE dapat mempengaruhi elemen intrinsik sahaja. Secara amnya, dapatan kajian ini dapat memberikan gambaran awal kepada pihak berwajib dalam usaha mereka untuk membangun dan mentransformasikan kerjaya PMP di Malaysia.,Sarjana Sains
Pages: 140
Call Number: TL152.5.Z835 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121874+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
43.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.