Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457767
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorhamidi Muhamad, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNatasha Emira Azaman (P78337)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:13:06Z-
dc.date.available2023-09-12T09:13:06Z-
dc.date.issued2019-06-15-
dc.identifier.otherukmvital:120824-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457767-
dc.descriptionPeningkatan komponen elektronik dan data yang diproses pada sesuatu masa dalam litar komponen menyebabkan peningkatan suhu komponen yang mendadak. Oleh itu, peranti dengan penenggelam haba yang berprestasi tinggi amat diperlukan. Pemilihan bahan yang sesuai dengan keberaliran haba yang tinggi dan pekali pengembangan haba (CTE) yang rendah adalah salah satu penyelesaian untuk mengoptimumkan prestasi penenggelam haba. Kuprum adalah bahan yang biasa digunakan dalam peranti elektronik kerana mempunyai keberaliran haba yang baik namun pada masa yang sama ia mempunyai CTE yang agak tinggi. Maka, untuk meningkatkan ciri-ciri yang ada pada kuprum, grafin yang mana merupakan bahan yang baru diterokai digunakan sebagai pengisi di dalam kajian ini. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kebolehsuntikan kuprum dengan menambahkan bahan pengisi grafin untuk meningkatkan sifat fizikal, mekanik dan terma. Dalam kajian ini, komposit kuprum-grafin diproses melalui pengacuan suntikan logam (MIM). Bahan suapan dihasilkan pada pembebanan serbuk 58 vol.% dengan kandungan isipadu grafin yang berbeza (0.5, 1.0 dan 1.5 vol.%). Melalui ujian reologi, didapati semua bahan suapan mempunyai ciri aliran pseudoplastik. Bagi mengoptimumkan parameter pengacuan suntikan, kaedah rekabentuk Taguchi dilakukan dengan merujuk kepada ketumpatan jasad anum tertinggi. Seterusnya, kombinasi penyahikatan larutan dan terma digunakan untuk menyingkirkan pengikat dan sampel kemudiannya disinter pada suhu 950 oC dalam atmosfera argon. Nilai pengecutan yang diperoleh bagi semua jasad sinter adalah 12% berdasarkan dimensi panjang spesimen. Keputusan ujian ketumpatan menunjukkan peratusan ketumpatan relatif bagi semua jasad sinter adalah hampir sama iaitu antara 96 – 98% berbanding ketumpatan teori. Keberaliran haba komposit Cu/grafin yang terdiri daripada 1.0 vol.% grafin menunjukkan peningkatan tertinggi dengan peningkatan sebanyak 57% (396 W/m.K) berbanding Cu tulen yang disinter (252 W/m.K). Modulus kekenyalan bagi komposit Cu/0.5 vol% grafin didapati telah meningkat sebanyak 72% (1275 MPa) berbanding Cu tulen yang disinter (742 MPa). Kesimpulannya, komposit Cu/grafin telah berjaya dihasilkan melalui proses MIM yang menunjukkan sifat mekanik, fizikal dan haba yang tinggi.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectInjection molding of metals-
dc.subjectMolding (Founding)-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSifat fizikal, mekanik, dan terma bagi pengacuan suntikan logam serbuk kuprum berpengisi grafin-
dc.typetheses-
dc.format.pages156-
dc.identifier.callnoTP1150.N338 2019 3 tesis-
dc.identifier.barcode005391(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120824+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
4.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.