Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457764
Title: Rangka kerja dan prototaip peranti rehabilitasi kendiri cengkaman jari bagi pesakit paska strok di rumah
Authors: Khairul Muslim Nordin (P74528)
Supervisor: Kalaivani Chellappan, Dr.
Keywords: Cerebrovascular disease -- Patients -- Rehabilitation
Therapeutics
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-May-2019
Description: Strok memberikan impak yang besar terhadap keluarga, sistem penjagaan kesihatan dan ekonomi di seluruh dunia. Di Malaysia, strok merupakan salah satu daripada 10 faktor yang mempengaruhi keadaan rawatan perubatan di hospital. Berdasarkan laporan pada tahun 2014 daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO); 50,000 rakyat Malaysia mengalami kehilangan upaya disebabkan oleh strok setiap tahun, yang mana enam rakyat Malaysia menjadi mangsa strok setiap jam. Disebabkan peningkatan jumlah penderita strok tersebut, pendekatan kawal selia terapi kendiri digunakan dalam kajian ini. Walaubagaimanapun, komitmen terhadap rehabilitasi di rumah adalah masih rendah di kalangan penderita strok di Malaysia. Analisis kajian klinikal mendapati kekangan utama adalah kekurangan dari segi penyeliaan, tempoh latihan dan tetapan yang tidak pasti. Tujuan kajian ini adalah untuk mereka bentuk proses rangka kerja baru dan membangunkan sebuah prototaip rehabilitasi cengkaman jari peribadi di rumah untuk pesakit pasca strok. Rangka kerja ini adalah untuk membantu pesakit pasca strok meningkatkan kadar amalan rehabilitasi. Prototaip ini juga dijangka memudahkan pesakit dan profesional rehabilitasi untuk memastikan ketepatan keperluan setiap amalan rehabilitasi. Ia dilengkapi dengan ciri data log aktiviti untuk tujuan pemantauan amalan rehabilitasi. Reka bentuk sistem ini terdiri daripada dua bahagian: aplikasi perisian kawalan dan sistem perkakasan. Aplikasi perisian kawalan menggunakan bahasa pengaturcaraan java dengan perisian Arduino Processing versi 3.0. Aplikasi ini digunakan untuk mengkonfigurasi tetapan keperluan setiap pesakit oleh profesional rehabilitasi. Setiap konfigurasi akan disimpan di dalam kad Secure Digital (SD) yang telah disambungkan pada sistem perkakasan. Sistem perkakasan dibangunkan menggunakan Arduino Uno sebagai pengawal utama disambungkan dengan mikro servo SG90 yang bertindak sebagai penggerak untuk mengawal setiap mekanisme pergerakan. Paparan kristal cecair (LCD) digunakan untuk memaparkan setiap aktiviti pergerakan sistem. Kad Secure Digital (SD) juga digunakan untuk menyimpan data log aktiviti pesakit untuk tujuan pemantauan. Tetapan priskripsi pengguna terdiri daripada empat mekanisme, iaitu; tempoh pergerakan, kekuatan pergerakan, kelajuan pergerakan dan selang masa setiap pergerakan. Kapasiti bagi mekanisme tempoh pergerakan antara 1 hingga 10 minit, berdasarkan nasihat daripada ahli fisioterapis dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Terdapat empat pilihan kekuatan pergerakan yang berbeza berdasarkan keupayaan setiap pesakit (45°: novis, 90°: baru, 135°: hampir pulih, dan 180°: pulih). Tetapan kelajuan pergerakan pula berdasarkan kepada putaran perminit (ppm) mikro servo (90 ppm: perlahan and 180 ppm: sederhana). Bagi selang masa setiap pergerakan ditetapkan sama ada 5 saat atau 10 saat, berdasarkan hasil pemerhatian klinikal yang dibantu ahli fisioterapis di HCTM. Oleh itu, cadangan model rehabilitasi kendiri cengkaman jari dijangka dapat membantu dalam mempercepatkan proses pemulihan di kalangan pesakit pasca strok. Cadangan rangka kerja ini, adalah selaras dengan strategi lautan biru kerajaan Malaysia dalam meningkatkan perkhidmatan kesihatan terhadap masyarakat.,Sarjana Sains
Pages: 101
Call Number: RC388.5.K483 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120814+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
2.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.