Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457753
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoorhisham Tan Kofli-
dc.contributor.authorMasniroszaime Md Zain (P47169)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:12:54Z-
dc.date.available2023-09-12T09:12:54Z-
dc.date.issued2012-07-27-
dc.identifier.otherukmvital:120400-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457753-
dc.descriptionPenghasilan bioetanol daripada fermentasi mikrob semakin mendapat perhatian kesan daripada permintaan bio-bahan api alternatif yang melonjak naik bagi menggantikan bahan api fosil. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji penghasilan bioetanol secara fermentasi oleh kultur sel terimobilasi yis tempatan dengan menggunakan kalsium alginat. Penyelidikan dimulakan dengan pemencilan yis tempatan daripada tiga ragi yang terpilih iaitu ragi yang digunakan dalam pembuatan tuak Sarawak, tapai Pahang dan tapai Sarawak yang ditumbuhkan pada piring agar Sabaroud dan YPD. Koloni tunggal yis tempatan dinamakan ST1, ST2 dan ST3 mengikut ragi masing-masing. Penghasilan bietanol dikaji dengan melakukan fermentasi sel terampai oleh ketiga-tiga strain dengan medium YPD sebagai substrat. Fermentasi dijalankan dalam kelalang Erlenmeyer 500 ml dengan suhu 30C secara goncangan pada kelajuan 150 ppm dan tanpa goncangan. Keputusan menunjukkan ketiga-tiga strain yis tempatan dalam keadaan goncangan memberikan pertumbuhan yang lebih baik dengan kadar pertumbuhan spesifik, µ bagi ST1, ST2 dan ST3 adalah masing-masing 0.37 j-1, 0.31 j-1 dan 0.33 j-1 manakala bagi fermentasi tanpa goncangan, kadar pertumbuhan spesifik, µ bagi ST1, ST2 dan ST3 adalah masing-masing 0.16 j-1, 0.13 j-1 dan 0.14 j-1. Parameter hasil produk terhadap substrat, Yp/s bagi fermentasi keadaan goncangan juga memberi nilai yang tinggi bagi ST1, ST2 dan ST3 dengan nilai masing-masing 0.30 g/g, 0.26 g/g dan 0.28 g/g dan bagi fermentasi tanpa goncangan pula masing-masing 0.22 g/g, 0.21 g/g dan 0.20 g/g dengan penghasilan etanol yang tertinggi, 7.36 g/l oleh ST1 dalam fermentasi aerobik. Fermentasi sel terampai diuji dengan menggunakan substrat alternatif iaitu gula merah tempatan pada berkepekatan 100-200 g/l dan kadar pertumbuhan spesifik, µ yang diperolehi bagi ST1, ST2 dan ST3 adalah masing-masing 0.32 j-1, 0.33 j-1 dan 0.27 j-1 dalam keadaan tanpa goncangan manakala masing-masing 0.31 j-1, 0.32 j-1 dan 0.26 j-1 dalam keadaan goncangan pada 150 rpm. Bagi sel terimobil strain ST1 telah dipilih atas faktor kadar pertumbuhan yang baik serta penghasilan bioetanol tertinggi. Pencilan ST1 ditumbuhkan selama 8 j pertumbuhan maksimum, kemudian sel dipisahkan daripada larutan dan dicampurkan bersama 2% v/v asid alginik. Fermentasi sel terimobilasi dilakukan selama 8 jam dalam kelalang Erlenmeyer 250 ml yang mengandungi 150 ml substrat gula merah dan kepekatan tertinggi etanol yang diperolehi sebanyak 8.36 g/l. Kajian diteruskan dengan mengenalpasti kesan daripada tiga parameter terpilih, kepekatan gula merah, nisbah isipadu bintil alginat kepada isipadu substrat dan saiz bintil alginat. 78% hasil teori diperolehi pada fermentasi saiz 0.5 cm bintil alginat, nisbah 0.4 bintil aginat kepada isipadu substrat dan kepekatan substrat gula merah 150 g/l. Pengoptimuman penghasilan bioetanol dengan menggunakan kaedah 23 faktoran penuh dan kaedah permukaan sambutan (RSM) memberikan parameter optimum pada kepekatan substrat gula merah 125 g/l, nisbah 0.47 (bintil alginat: substrat) dan saiz bintil alginat 0.33 cm. Pada keadaan optimum yang diperolehi, ujikaji pengesahan telah dijalankan dan mendapati peratusan penghasilan bioetanol tidak menunjukkan ralat yang besar (0.74%) berbanding degnan keputusan yang dianggarkan oleh RSM. Daripada kajian, dapat disimpulkan bahawa fermentasi imobilasi alginat-sel yis tempatan berupaya menghasilkan bioetanol dengan memperolehi parameter produktiviti penghasilan yang lebih baik iaitu 36% berbanding fermentasi sel yis terampai 9.3% bagi medium GMT.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectFermentation-
dc.subjectBiomass energy-
dc.subjectBiochemical engineering-
dc.subjectEthanol as fuel-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenghasilan bioetanol oleh sel yis pencilan tempatan-
dc.typetheses-
dc.format.pages161-
dc.identifier.callnoTP339.M347 2012 3 tesis-
dc.identifier.barcode005353(2021)(PL2)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120400+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.