Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457736
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jaharah A. Ghani, Prof. Ir. Dr. | - |
dc.contributor.author | Wan Nuha Wan Mansor (P80516) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:12:42Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:12:42Z | - |
dc.date.issued | 2018-06-06 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119636 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457736 | - |
dc.description | Penghasilan produk yang berkualiti daripada penggunaan mesin yang cekap merupakan matlamat industri pembuatan dalam era modernisasi. Kegagalan mata alat adalah perkara yang sering dihadapi oleh para pengusaha dalam industri pemesinan. Sistem pemantauan yang berkesan dapat mengurangkan kos di samping mengekalkan kualiti produk yang dihasilkan. Tambahan pula, proses pemantauan secara automatik sangat berguna kerana dapat mengurangkan kos dari segi pengambilan pekerja untuk mengendali mesin. Sistem pemantauan keadaan mata alat merupakan satu sistem bersepadu yang bermula dengan sistem pencerapan isyarat, sistem pemindahan data, proses penyarian ciri isyarat dan proses membuat keputusan. Pelbagai kajian telah dilakukan oleh para penyelidik secara meluas dalam bidang ini, antara objektifnya adalah untuk menghasilkan suatu sistem yang fleksibel dan mempunyai keboleh ulangan yang lebih baik. Dalam kajian ini, satu kaedah pemindahan data untuk mesin berputar menggunakan cincin gelincir telah digunakan dan diuji keupayaannya. Cincin gelincir adalah satu aplikasi mudah dan murah yang sudah digunakan dalam pelbagai bidang. Lapan ujikaji pemesinan telah dijalankan bagi mengkaji keupayaan cincin gelincir. Benda kerja keluli perkakas P20+Ni dikisar hujung menggunakan mata alat tungsten karbida pada laju pemotongan 200 dan 375 m/min, kadar suapan 0.10 dan 0.20 mm/gigi dan kedalaman pemotongan jejari 0.4 dan 0.6 mm. Isyarat getaran dan daya pemotongan yang dihasilkan semasa proses pemesinan kemudiannya dicerap secara serentak masing-masing oleh meter pecut satu-paksi dan dinamometer meja berasaskan tolok terikan. Isyarat dari meter pecut seterusnya dipindahkan menggunakan sistem cincin gelincir - meter pecut sementara isyarat daya pemotongan diukur menggunakan dinamometer berasaskan tolok terikan. Kedua-dua data dianalisis menggunakan perisian Matlab® dalam domain masa dan frekuensi. Data kemudian disari dengan lebih terperinci menggunakan kaedah statistik I-kaz. Keputusan yang diperoleh menunjukkan sistem cincin gelincir - meter pecut berupaya memindahkan data dengan berkesan dan sesuai diaplikasikan dalam sistem pemantauan haus mata alat semasa proses kisar. Isyarat getaran yang diukur dalam unit pecutan didapati meningkat seiring dengan peningkatan haus mata alat. Hujung mata alat bergetar pada magnitud yang sangat tinggi iaitu 565.5 ms-2 ketika haus maksimum dan nilai yang rendah pada 83.2 ms-2 pada awal pemotongan. Walau bagaimanapun, di bawah pengaruh parameter pemotongan yang berbeza-beza, getaran meningkat pada kadar suapan yang tinggi tetapi berkurangan dengan kedalaman pemotongan yang tinggi. Corak yang terhasil adalah sama untuk data daya pemotongan dengan daya pemotongan utama, 𝐹C paling tinggi berbanding daya tujah, 𝐹t dan daya pemotongan serenjang, 𝐹CN. Manakala keputusan analisis menggunakan I-kaz 3D menunjukkan pekali I-kaz meningkat ketika haus mata alat meningkat. Hasil kajian menunjukkan sistem cincin gelincir - meter pecut berupaya memindahkan data dan sesuai digunakan untuk memantau haus mata alat.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Machinery -- Monitoring | - |
dc.subject | Milling-machines | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pemantauan keadaan mata alat menggunakan sistem cincin gelincir - meter pecut dalam proses kisar keluli perkakas AISI P20+Ni | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 107 | - |
dc.identifier.callno | TJ153.W346 2018 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004043(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119636+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.81 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.