Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457710
Title: Biopenggilapan COD dan warna dari air sisa terawat industri kertas kitar semula melalui fitoremediasi oleh Typha angustifolia
Authors: Jamilah Ahmad (P80629)
Supervisor: Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Prof. Ir. Dr.
Keywords: Phytoremediation
Wood-pulp industry -- Waste disposal -- Environmental aspects
Typhaceae
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 11-Jun-2018
Description: Kilang pulpa dan kertas menghasilkan pelbagai jenis bahan cemar bergantung kepada jenis proses yang digunakan dalam kilang tersebut, logam berat, bahan berklorin, sebatian organik, permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), jumlah pepejal terampai (TSS), organik berhalogen terjerap (AOX) dan warna (dari proses pelunturan). Sistem rawatan yang digunakan sekarang tidak dapat memenuhi piawai pelepasan efluen. Teknologi fitoremediasi dipilih sebagai rawatan alternatif bagi menggilap kualiti air sisa yang telah dirawat oleh sistem rawatan air sisa yang sedia ada. Tiga jenis tumbuhan tempatan digunakan dalam sistem fitoremediasi ini, iaitu Scirpus grossus, Typha angustifolia dan Eleocharis ochrostacys. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan fitotoksisiti dan kebolehan tumbuhan tempatan dalam menggilap bahan cemar COD dan warna dalam air sisa terawat industri kertas kitar semula. Melalui perincian air sisa, nilai COD dan warna bagi efluen kilang kertas kitar semula masing-masing adalah 200 mg/L dan 242 ADMI yang mana ia melebihi paras yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Berdasarkan keputusan ujikaji awalan fitotoksisiti hanya S. grossus dan T. angustifolia sahaja yang mampu bertahan setelah didedahkan dengan air sisa tersebut selama 30 hari. Seterusnya, S. grossus dan T. angustifolia digunakan dalam ujikaji fitotoksisiti lanjutan selama 60 hari bagi mengenal pasti keupayaan tumbuhan-tumbuhan ini dalam dua sistem iaitu sistem sesekumpul aliran sub-permukaan (SS) dan sistem sesekumpul aliran bebas (FS). Melalui ujian fitotoksisiti, penyingkiran COD yang dilakukan oleh T. angustifolia ialah sebanyak 97 % (178 - 6 mg/L) bagi sistem SS dan 89 % (178 - 19 mg/L) bagi sistem FS, manakala penyingkiran warna oleh T. angustifolia pula ialah 71% (190 -56 ADMI) bagi sistem SS dan 79% (190 - 39 ADMI) bagi sistem FS. Penyingkiran COD yang dilakukan oleh S. grossus pula sebanyak 95% (180 - 9 mg/L) bagi sistem SS dan 88% (180 - 21 mg/L) bagi sistem FS. Manakala, penyingkiran warna oleh S. grossus pula ialah sebanyak 79% (250 - 43 ADMI) bagi sistem SS dan 74 % (250 - 53 ADMI) bagi sistem FS. Keputusan menunjukkan kedua-dua tumbuhan S. grossus dan T. angustifolia ini berkebolehan dalam menyingkirkan COD dan warna dalam fitoremediasi, dengan aliran sistem FS lebih berpotensi daripada aliran sistem SS. Tumbuhan T. angustifolia telah dipilih sebagai tumbuhan fitoremediasi untuk ujikaji yang seterusnya dalam tapak tumbuhan berdasarkan prestasi T. angustifolia lebih baik berbanding S. grossus. Seterusnya, pencilan bakteria dari akar T. angustifolia dilakukan untuk mengenal pasti rizobakteria yang membantu proses fitoremediasi. Terdapat lima spesis yang telah dipencilkan dan dikenal pasti sebagai Aeromonas caviae, Exigobacterium profundum, Aeromonas spp. Bacillus spp. dan Pseudomonas alcaligenes. Seterusnya, konsortium kelima-lima spesis ini diaplikasi dalam tapak tumbuhan menggunakan T. angustifolia dalam sistem FS bagi mengkaji kesan penambahan rizobakteria dalam penyingkiran COD dan warna dalam air sisa industri kertas kitar semula. Penyingkiran warna melalui tapak rawatan tanpa penambahan dan dengan penambahan rizobakteria masing-masing adalah 90% dan 73%, manakala, bagi COD, penyingkirannya masing-masing adalah 87% dan 74%. Penambahan rizobakeria menyebabkan kecekapan firoremediasi menurun disebabkan oleh penambahan jumlah rizobakteria yang berlebihan terhadap air sisa sebenar yang sudah mengandungi sumber bakteria. Secara keseluruhannya, T. angustifolia mampu menyingkirkan COD dan warna dalam air sisa terawat kilang kertas kitar semula.,Sarjana Sains
Pages: 195
Call Number: TD192.75.J345 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118693+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.