Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457696
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Huda Abdullah, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nor Habibi Saadah Musa (P47149) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:12:16Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:12:16Z | - |
dc.date.issued | 2012-02-29 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:115181 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457696 | - |
dc.description | Isu pemanasan global yang semakin memuncak di samping kesusutan tenaga yang tidak boleh diperbaharui menyebabkan kesedaran terhadap penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti sel suria. Sel suria adalah salah satu tenaga alternatif yang sangat menjimatkan kos dan mudah untuk diselenggarakan. Untuk memaksimumkan penggunaannya, sel suria perlu dihasilkan dalam skala yang besar dengan kos pembuatan yang rendah. Kajian ini bertindak untuk mengkaji ciri-ciri ZnS dan CuInSe2 sebagai bahan kurang toksik dan berkos rendah untuk dijadikan sel suria heterosimpangan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sifat optik, struktur dan morfologi permukaan ZnS dan CuInSe2 menggunakan pemendapan mandian kimia (CBD) dan pemendapan wap fizikal (penyejatan alur elektron) dalam sel suria CuInSe2:ZnS. ZnS disediakan menggunakan zink asetat (Zn(CH3COO)2), triethanolamin (TEA), ammonia (NH3) dan sodium sitrat tribasik (C6H5Na3O7) manakala CuInSe2 disediakan daripada sebatian kuprum, indium dan selenium. ZnS dikenakan rawatan haba pada 200°C, 250°C, 300°C dan 350°C selama 30 minit dan masa mendapan 3 jam, 4 jam, 5 jam dan 6 jam tanpa rawatan haba. CuInSe2 dibezakan dengan ketebalan 1000Ǻ, 2000Ǻ dan 3000Ǻ dan rawatan haba pada suhu bilik, 250°C, 300°C dan 350°C pada ketebalan 3000Ǻ. Sampel dicirikan menggunakan mikroskop elektron imbasan medan terserak (FESEM), sebaran tenaga sinar-X (EDX), meter belauan sinar-X (XRD), spektrum ultranampak (UV-Vis) dan pengukuran arus-voltan (I-V). FESEM menunjukkan ZnS bertindak balas secara maksimum pada suhu 250°C dan masa mendapan 6 jam manakala CuInSe2 menunjukkan sifat optimum pada ketebalan 3000Ǻ dan suhu 250°C. Saiz butiran ZnS dengan masa mendapan berbeza bernilai dalam lingkungan 0.32μm dan selepas dikenakan rawatan haba berada dalam nilai 0.44μm manakala saiz butiran CuInSe2 bernilai sekitar 117.23nm untuk ketebalan berbeza dan 163.77nm selepas rawatan haba untuk sesetengah sampel. XRD menunjukkan ZnS berbentuk kubus pada orientasi (1 1 1) selepas rawatan haba dan menjadi polikristal dengan orientasi istimewa (1 1 1), (2 2 0) dan (3 1 1) mengikut perubahan masa mendapan. Fasa CuInSe2 berubah daripada amorfus kepada polikristal selepas rawatan haba seperti diperoleh daripada XRD. Analisis optik menunjukkan ZnS mempunyai jurang jalur tenaga sekitar 3.54 – 3.59 eV untuk rawatan haba berbeza dan 3.49 – 3.75 eV untuk masa mendapan berbeza. EDX membuktikan kehadiran zink dan sulfur dalam ZnS dengan sedikit kehadiran oksigen. Sel suria CuInSe2:ZnS utama menunjukkan ketebalan CuInSe2 yang lebih tinggi membantu meningkatkan kecekapan sel suria dari 0.61% kepada 0.99% begitu juga dengan rawatan haba ke atas CuInSe2 yang meningkatkan nilai kecekapan dari 0.99% kepada 1.12%. Masa mendapan ZnS yang lebih tinggi juga membantu meningkatkan kecekapan sel suria sehingga 2.63%. Keputusan ini menunjukkan kesan suhu rawatan haba ke atas CuInSe2, ketebalan CuInSe2 dan masa mendapan ZnS memainkan peranan penting dalam peningkatan kecekapan sel suria CuInSe2:ZnS yang dihasilkan oleh CBD dan PVD.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Solar cells | - |
dc.subject | Copper indium selenide | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pencirian dan fabrikasi filem kumprum indium diselenida (cuInSe2): zink sulfida (ZnS) untuk aplikasi sel suria | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 93 | - |
dc.identifier.callno | TK2960.N647 2012 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002526(2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_115181+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 12.26 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.