Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457691
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMardina Abdullah, Prof. Ir. Dr.
dc.contributor.authorIntan Izafina Idrus (P59416)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:12:13Z-
dc.date.available2023-09-12T09:12:13Z-
dc.date.issued2013-10-10
dc.identifier.otherukmvital:114514
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457691-
dc.descriptionPenyelidikan gangguan ionosfera bergerak berskala besar (large-scale traveling ionospheric disturbance, LSTID) telah mendapat perhatian sejak beberapa dekad yang lalu. Ini adalah kerana kejadian LSTID memberi kesan serius kepada sistem komunikasi dan navigasi satelit. Di kawasan khatulistiwa, kecerunan jumlah kandungan elektron (total electron content, TEC) boleh menurun sehingga 30 TEC unit dalam setiap 100 km dan ketepatan kedudukan boleh terjejas sehingga 25 m ketika suria maksimum. LSTID merupakan manifestasi ionosfera daripada gelombang graviti atmosfera yang dijanakan di kawasan aurora akibat daripada pemanasan Joule dan daya Lorentz yang disebabkan oleh aurora elektrojet dan pemendakan zarah. Kajian ini sentiasa mendapat perhatian kerana sifat-sifat asas dan parameter LSTID masih belum difahami sepenuhnya. Kemunculan teknologi sistem penentududukan global (global positioning system, GPS) memberi peluang yang baik dalam bidang penyelidikan ionosfera. Tesis ini memfokus kepada kajian LSTID di kawasan latitud tinggi (60-70?�N) di Rusia, Sweden, Norway, Iceland dan Greenland serta kawasan khatulistiwa di Semenanjung Malaysia. Objektif utama tesis ini ialah untuk mencirikan perambatan kejadian LSTID di kawasan latitud tinggi dan kawasan khatulistiwa semasa kejadian ribut geomagnet berskala sederhana. Kajian ini telah dijalankan sepanjang tahun 2011 dengan indeks geomagnet Kp melebihi 6 dan indeks Dst kurang daripada -50 nT. Bagi mencapai objektif ini, analisis variasi masa dan ruang bagi jumlah kandungan elektron menegak (vertical total electron content, VTEC) digunakan untuk mengkaji kehadiran LSTID dengan menuras VTEC menggunakan kaedah penurasan Butterworth laluan tinggi tertib keempat. Parameter perambatan gelombang LSTID diperoleh dengan teknik korelasi silang. Arah perambatan LSTID yang dikesan di kawasan khatulistiwa dikaji dengan menggunakan peta VTEC. Hasil kajian mendapati bahawa LSTID merambat ke arah kutub semasa kejadian ribut geomagnet 28 Mei 2011 dan ke arah khatulistiwa semasa kejadian ribut geomagnet 5 Ogos dan 24 Oktober 2011 di kawasan latitud tinggi. Gelombang LSTID merambat dengan halaju fasa dari 500 hingga 1500 m/s di kawasan latitud tinggi dalam tempoh antara 105 dan 127 minit. Manakala di kawasan khatulistiwa, gelombang LSTID merambat dengan halaju fasa dari 450 hingga 750 m/s dalam tempoh antara 94 dan 143 minit. Kajian ini juga menunjukkan kejadian LSTID mempunyai hubungan yang rapat dengan aktiviti geomagnet di kawasan latitud tinggi. Hasil kajian ini dapat memberi sumbangan berguna dalam kajian cuaca angkasa pada kitar suria ke-24 ini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectElectrons
dc.subjectIonosphere
dc.subjectSudden ionospheric disturbances
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleVariasi jumlah kandungan elektron terhadap kejadian gangguan ionosfera bergerak berskala besar di kawasan latitud tinggi dan kawasan Khatulistiwa
dc.typetheses
dc.format.pages108
dc.identifier.callnoQC881.2.I6I556 2013 3 tesis
dc.identifier.barcode002327(2013)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114514+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.