Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457683
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMariyam Jameelah Ghazali, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAhmad Firdaus Shamsul Baharin (P80665)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:12:08Z-
dc.date.available2023-09-12T09:12:08Z-
dc.date.issued2018-05-22-
dc.identifier.otherukmvital:100879-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457683-
dc.descriptionDalam industri marin, keluli merupakan salah satu bahan yang paling kerap digunakan kerana sifat mekanikal yang baik dan murah berbanding dengan bahan aloi yang lain. Namun, keluli mempunyai rintangan karat dan kakisan yang lemah, jadi adalah mustahak bagi melindungi permukaannya daripada persekitaran yang agresif seperti sistem marin. Kini, pelbagai teknik boleh digunakan untuk mengurangkan masalah ini. Cat dan juga biosida merupakan antara teknik yang digunakan tetapi rawatan jenis ini boleh mengancam sistem marin-eko, maka alternatif lain yang lebih mesra alam telah dicari. Oleh itu, dalam kajian ini, salutan seramik lengai, iaitu Al2O3-13wt%TiO2 telah dipilih kerana sifat mekanikal yang menarik. Pemendapan telah dijalankan menggunakan teknik semburan plasma kerana ia digunakan secara meluas dalam industri penting seperti aeroangkasa, pertanian, automotif, minyak dan gas. Prestasi struktur salutan seramik lengai mampu dipertingkatkan lagi dengan penteksturan permukaan bagi mengurangkan isu penting. Terinspirasi dengan prestasi dan anti-kotoran yang mengagumkan pada kulit ikan yu, tekstur cawak pada salutan seramik telah dikaji. Cawak telah ditekstur dengan peratus ketumpatan yang berbeza dari 7%, hingga 43% bagi melihat kesan terhadap rintangan haus hakisan. Mikrostruktur salutan tertekstur termasuk kecacatan seperti kejeleketan percikan yang tidak sekata, dapat mengawal penyingkiran bahan semasa hakisan. Proses semburan terma teroptima telah dijalankan bagi mengurangkan kecacatan bagi menambahbaik rintangan hakisan. Ujian hakisan dengan sudut impak 60° dan kelajuan 750 rpm dalam dua medium yang berbeza; air laut dan buburan SiO2 telah dijalankan. Didapati bahawa permukaan tertekstur dengan 43% ketumpatan cawak telah menambahbaik kekerasan permukaan lebih daripada dua kali ganda, iaitu daripada 800HV ke 1700HV. Ini disebabkan oleh keupayan laser denyut-pendek yang menghasilkan kuasa keamatan tinggi yang membekalkan tenaga ke atas permukaan bahan. Dalam air laut, kedua-dua ketumpatan cawak 7% dan 25% mampu memerangkap serpihan haus bersaiz 5 - 10µm, manakala salutan dengan ketumpatan cawak 43% dapat memerangkap serpihan haus bersaiz 30 - 60µm dipercayai akibat kesan sodokan. Tambahan pula, retak dengan purata saiz 1µm yang menonjol dapat diperhatikan dalam semua salutan tertekstur. Sebelum penteksturan, mekanisme hakisan didapati lebih utama kepada membajak yang menyumbang kepada lubang-lubang cetek sebesar dengan diameter 100µm dan 5 µm kedalaman yang terhasil daripada interaksi salutan zarah dalam media buburan SiO2. Peningkatan ketumpatan cawak boleh mengakibatkan lebih banyak pemerangkapan puing, secara tidak langsung meningkatkan rintangan haus hakisan. Sebaliknya, salutan tertekstur yang diuji dalam media buburan SiO2 bersaiz 10-50 µm mendapati saiz SiO2 telah berkurang sebanyak 71.6% akibat kesan bajak yang menjurus kepada pemerangkapan SiO2 di sekitar kawasan cawak. Penurunan berat sampel dalam media buburan SiO2 menjadi lebih tinggi (0.014%) berbanding dengan air laut. Ini disebabkan oleh bentuk zarah SiO2 yang tidak seragam, maka lebih banyak penyingkiran berlaku berbanding zarah dalam air laut. Rumusannya, salutan seramik berketumpatan tekstur sebanyak 43% adalah sangat dikehendaki dalam menambahbaik rintangan hakisan terutamanya untuk struktur air laut.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKeluli-
dc.subjectMetals -- Erosion-
dc.titleSifat haus hakisan salutan alumina titania tertekstur cawak berilhamkan alam semula jadi bagi aplikasi marin-
dc.typetheses-
dc.format.pages105-
dc.identifier.callnoTA462.A376 2018 3 tesis-
dc.identifier.barcode003436(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100879+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
14.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.