Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457675
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZulkifli Mohd Nopiah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNorain Farhana Ahmad Fuaad (P68197)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:12:03Z-
dc.date.available2023-09-12T09:12:03Z-
dc.date.issued2018-01-08
dc.identifier.otherukmvital:99189
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457675-
dc.descriptionAntara punca penurunan pencapaian akademik bagi pelajar program kejuruteraan di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia ialah kelemahan menguasai subjek matematik. Walaupun keputusan pra universiti pelajar pelajar ini secara puratanya agak baik, namun ia tidak menggambarkan tahap keupayaan pelajar dengan tepat. Masalah utama yang dihadapi oleh pihak fakulti adalah pencapaian pelajar yang kekal rendah dalam subjek matematik. Pelbagai usaha dilakukan oleh penyelidik di fakulti untuk memantau tahap pencapaian pelajar dari masa kesemasa tetapi usaha yang dilakukan adalah penyelesaian secara sementara atau untuk tujuan tertentu sahaja. Tiada sistem yang lengkap untuk mengenalpasti, mengukur dan meramal prestasi pelajar secara menyeluruh. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan satu instrumen iaitu Ujian Kesediaan Matematik untuk mengetahui tahap keupayaan pelajar kejuruteraan dalam subjek matematik di peringkat awal semester. Sejumlah 669 orang pelajar tahun satu bagi sesi 2013/2014 dan 2014/2015 terlibat dalam kajian ini. Ujian Kesediaan Matematik ini telah dibangunkan berdasarkan kepada Taksonomi Bloom, Hasil Pembelajaran Kursus dan Hasil Program bagi subjek Kalkulus Vektor dan Aljabar Linear. Set ujian yang mempunyai 30 soalan objektif bagi setiap subjek ini dijalankan secara manual pada sesi 2013/2014 dan secara atas talian menggunakan TCExam pada sesi 2014/2015. Hasil keputusan pelajar kemudiannya dianalisis dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch untuk mengenalpasti tahap kebolehpercayaan item yang digunakan dan tahap keupayaan pelajar dalam matematik. Hasil kajian menunjukkan item yang digunakan dalam Ujian Kesediaan Matematik boleh dipercayai berdasarkan nilai kebolehpercayaan item yang tinggi pada nilai 0.98 bagi kedua-dua ujian. Kajian juga mendapati 75.23% pelajar terletak di kedudukan bawah daripada min item (+0.00 logit) dalam peta pembolehubah menunjukkan pencapaian pelajar dalam ujian kesediaan berada di bawah jangkaan. Pemeriksaan silang di antara keputusan ujian kesediaan dengan keputusan peperiksaan akhir semester pelajar juga menunjukkan lebih 70% pelajar mempunyai keputusan yang rendah bagi kedua-dua peperiksaan. Hasil keseluruhan kajian menunjukkan kepentingan sistem ini dalam mengenal pasti tahap keupayaan pelajar kejuruteraan dalam subjek matematik. Pencapaian pelajar untuk subjek matematik berikutnya boleh diramalkan dengan membandingkan parameter awal yang didapati daripada hasil analisis Ujian Kesediaan Matematik dengan keputusan akhir semester pelajar. Berdasarkan maklumat ini, perancangan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan proses pengajaran matematik dapat dilaksanakan dengan jayanya.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectPengajaran
dc.subjectMatematik
dc.subjectRasch models
dc.titleDiagnostik pengukuran tahap keupayaan matematik pelajar kejuruteraan menggunakan model pengukuran Rasch
dc.typetheses
dc.format.pages104
dc.identifier.callnoBF39.N547 2018 3 tesis
dc.identifier.barcode003252(2018)
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99189+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.