Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457672
Title: | Kesan kepekatan karbon dioksida dan keamatan cahaya terhadap pertumbuhan mikroalga dalam efluen kilang minyak sawit |
Authors: | Sharifah Najiha Badar (P70002) |
Supervisor: | Zahira Yaakob, Prof. Ir. Dr. |
Keywords: | Mikroalga Efluen Kilang minyak sawit Metabolit Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 3-Oct-2017 |
Description: | Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji keupayaan pertumbuhan mikroalga yang telah dipencil daripada efluen kilang minyak sawit (POME). Skop kajian ini melibatkan pengkulturan mikroalga dalam medium sintetik (medium BG-11, medium Bold’s Basal) dan medium POME, pemilihan spesis mikroalga berdasarkan kadar pertumbuhan dan kandungan metabolit (klorofil, lipid) yang tinggi, seterusnya kesan penambahan CO2 dan cahaya terhadap pertumbuhan mikroalga terpilih serta perubahan ciri-ciri POME. Kesemua set ujikaji telah dijalankan dalam mod sesekumpul selama 14 hari pada suhu bilik, dibawah pencahayaan yang berterusan. Dalam kajian awal, kesemua spesis mikroalga, iaitu Characium sp. UKM1, Chlorella sorokiniana UKM3, Coelastrella sp. UKM4 dan Chlorella sp. UMACC324 telah menunjukkan prestasi pertumbuhan yang sangat baik dalam medium sintetik. Coelastrella sp. UKM4 telah menunjukkan kadar pertumbuhan (μmaks) dan penghasilan biojisim yang tinggi, iaitu sebanyak 0.5179±0.028 hari-1 dan 0.9475±0.328 g.L-1. Namun, kadar penghasilan klorofil yang tinggi pula telah dicatatkan oleh Chlorella sorokiniana UKM3 (27.39±1.85 mg.L-1). Walaupun mempunyai kadar penghasilan biojisim dan klorofil yang rendah, Characium sp. UKM1 telah menghasilkan sebanyak 67.5±2.92 mg.L-1 lipid dalam medium sintetik. Apabila dikultur dalam medium POME pula, Chlorella sorokiniana UKM3 telah mencatatkan kadar pertumbuhan (0.2514±0.09 hari-1) serta kandungan biojisim (1.665±0.255 g.L-1) dan lipid (12.78±0.87 mg.L-1) yang paling tinggi. Sebanyak 4.61±0.23 mg.L-1 dan 1.27±0.58 mg.L-1 jumlah klorofil telah dihasilkan oleh Chlorella sorokiniana UKM3 dan Coelastrella sp. UKM4. Bagi Characium sp. UKM1 dan Chlorella sp. UMACC324 pula, penurunan jumlah klorofil telah diperhatikan berlaku sebaik sahaja mikroalga dikultur dalam POME. Keputusan yang diperolehi dalam medium POME adalah jauh lebih rendah daripada medium sintetik. Kandungan bahan pencemar yang tinggi dan penembusan cahaya yang sedikit telah menyebabkan kadar pertumbuhan dan penghasilan metabolit yang rendah. Chlorella sorokiniana UKM3 dan Coelastrella sp. UKM4 yang mempunyai kadar pertumbuhan dan penghasilan metabolit yang lebih baik, terutamanya dalam medium POME telah dipilih untuk digunakan dalam ujikaji seterusnya yang melibatkan penambahan kepekatan CO2 (0.04%, 5%, 10%) dan keamatan cahaya (0 lux, 4000 lux, 8000 lux, 12000 lux), menggunakan POME sebagai medium pertumbuhan. Hasil kajian mendapati, prestasi pertumbuhan meningkat selaras dengan peningkatan kepekatan CO2 dan keamatan cahaya. Pertumbuhan yang terbaik telah diperhatikan berlaku pada 10% CO2 dan 12000 lux cahaya. Chlorella sorokiniana UKM3 mempunyai kadar pertumbuhan (0.394±0.013 hari-1) dan kandungan klorofil (83.04±2.72 mg.L-1) yang paling tinggi, berbanding Coelastrella sp. UKM4. Walau bagaimanapun, kadar penghasilan biojisim dan lipid yang dihasilkan oleh strain UKM4 adalah lebih baik, iaitu sebanyak 4.13±0.01 g.L-1 dan 50.17±3.37 mg.L-1. Bacaan pH, serta nilai COD (57.7%) dan BOD (90.6%) telah berjaya diturunkan pada akhir tempoh ujikaji. Warna asal POME turut berubah dari perang gelap ke perang-kekuningan. Dalam kajian ini, dapat disimpulkan bahawa kadar pertumbuhan, penghasilan metabolit dan kadar penyingkiran bahan organik oleh mikroalga terpilih dalam POME adalah lebih baik apabila kadar kepekatan CO2 dan keamatan cahaya adalah tinggi. Ketiadaan cahaya serta kepekatan CO2 yang rendah juga tidak menghalang Chlorella sorokiniana UKM3 dan Coelastrella sp. UKM4 untuk bertumbuh dan terus hidup dalam POME.,Sarjana Sains |
Pages: | 153 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97867+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.14 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.