Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457669
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Zaki Nuawi, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Sufian Othman (P72287) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:11:58Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:11:58Z | - |
dc.date.issued | 2016-10-17 | |
dc.identifier.other | ukmvital:96939 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457669 | - |
dc.description | Kajian ini memfokuskan pengunaan isyarat getaran dan pancaran akustik (AE) bagi perincian keadaan galas motor aruhan. Kedua-dua isyarat ini merupakan antara medium yang sering digunakan bagi memantau keadaan galas. Walau bagaimanapun, perbandingan di antara kedua-dua isyarat ini masih menjadi persoalan dan perlu kepada suatu pengkajian khusus. Jesteru itu, objektif utama kajian ini ialah membandingkan kelakuan kedua-dua isyarat ini yang terhasil daripada galas motor aruhan yang berlainan keadaan melalui pendekatan secara ujikaji. Skop penyelidikan tertumpu kepada motor aruhan empat kutub dan dua kutub dengan beberapa beban tork berlainan. Galas yang diuji disediakan dalam tiga keadaan iaitu normal, cacat larian dalam dan cacat larian luar dengan kerosakan bersaiz 1 mm. Gelombang masa dan spektrum FFT dibandingkan dalam kajian awal bagi tiga keadaan galas untuk motor empat kutub dan dua kutub dengan tork yang berbeza-beza. Pengesanan kerosakan galas kemudiannya dikemukakan dalam analisis domain masa menggunakan dua teknik baharu iaitu I-kaz™ dan I-kaz hibrid. Seterusnya, kedua-dua pekali teknik tersebut dibandingkan dengan beberapa parameter statistik lain. Teknik spektrum sampul pula diketengahkan bagi analisis dalam domain frekuensi. Kemudian, sifat-sifat statistik daripada analisis domain masa digunakan dalam diagnosis kerosakan galas menggunakan kaedah pengelasan pepohon keputusan dan rangkaian neural, masing-masing berpandukan algoritma pepohon kesimpulan bersyarat (CTree) dan rangkaian neural suapan depan (FFNN). Secara keseluruhannya, rajah gelombang masa dan spektrum FFT menunjukkan perbezaan ketara di antara isyarat getaran dan AE bagi galas dengan kecacatan berbanding galas normal dengan nilai amplitud dan magnitud yang meningkat apabila tork bertambah. Keputusan analisis domain masa terhadap isyarat getaran dan AE menggunakan teknik I-kaz dan I-kaz hibrid menunjukkan perbezaan ketara di antara galas yang rosak berbanding galas normal bagi motor empat kutub untuk semua nilai tork. Sementara itu, keputusan yang sama juga diperhatikan pada motor dua kutub kecuali bagi isyarat AE pada nilai tork 2 Nm di mana kebanyakan nilai parameter galas yang rosak adalah lebih rendah daripada galas normal. Analisis domain frekuensi pula menunjukkan kedua-dua isyarat getaran dan AE mampu mengesan frekuensi kerosakan larian luar tetapi tidak pada kerosakan larian dalam disebabkan faktor kebisingan. Akhir sekali, kaedah diagnosis kerosakan galas menggunakan teknik pengelasan pepohon keputusan dan rangkaian neural terbukti berkesan dengan keseluruhan ketepatan ujian adalah melebihi 90% dan 85%, masing-masing bagi motor empat kutub dan dua kutub. Kesimpulannya, kepelbagaian teknik pengesanan dan diagnosis kerosakan menggunakan gabungan isyarat getaran dan AE terbukti berkesan bagi perincian keadaan galas motor aruhan dan sewajarnya dijadikan asas untuk pelaksanaan penyelenggaraan berasaskan keadaan. Dengan adanya pembangunan perincian keadaan galas motor aruhan ini, ia dapat membandingkan corak isyarat getaran dan AE mengikut keadaan galas dan seterusnya menghasilkan kaedah pengesanan dan diagnosis kerosakan galas yang baik. Selain itu, keupayaan teknik I-kaz dan I-kaz hibrid dibuktikan dengan ketepatan latihan dan ujian pengelasan sehingga mencapai tahap 100%, menjurus kepada sumbangan kesarjanaan iaitu perincian keadaan galas motor aruhan yang boleh digunapakai.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Galas | |
dc.subject | Motor aruhan | |
dc.subject | Internal combustion engines -- Bearings | |
dc.title | Perincian keadaan galas motor aruhan menggunakan isyarat getaran dan pancaran akustik | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 178 | |
dc.identifier.callno | TJ762.B4M847 2016 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002835(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96939+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 558.89 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.