Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457636
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorhamidi Muhamad, Prof. Dr.
dc.contributor.authorZaliha Wahid (P52201)
dc.date.accessioned2023-09-12T09:11:39Z-
dc.date.available2023-09-12T09:11:39Z-
dc.date.issued2013-12-10
dc.identifier.otherukmvital:84739
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457636-
dc.descriptionProses pengisian acuan adalah salah satu langkah yang paling penting dalam proses Pengacuanan Suntikan Logam (Metal Injection Moulding - MIM). Permodelan dan simulasi banyak dijalankan ke atas proses pembuatan kejuruteraan termasuk pengisian acuan dalam MIM. Walaubagaimanapun, sifat reologi bahan suapan yang kompleks menyebabkan proses ini sukar dimodelkan. Proses pengacuanan suntikan plastik dan penuangan logam nipis bertekanan adalah antara proses yang menyerupai proses MIM. Kajian ini dijalankan untuk membandingkan keputusan yang diperolehi melalui simulasi menggunakan perisian komersial MoldFlow dan Pakej Komputer Penuangan Logam Nipis Bertekanan yang dinamakan PTC (Pressure Thin Casting). Di dalam kajian ini juga, potensi penggunaan pakej PTC ke arah permodelan MIM yang lebih tepat juga turut dikaji. Siri simulasi dijalankan menggunakan kedua-dua perisian dengan mengekalkan parameter yang sama. Parameter perbandingan dipilih tertakluk kepada kemampuan PTC memandangkan pakej komputer ini dibangunkan sendiri dan hanya mampu menjalankan pemerhatian ke atas beberapa parameter aliran bendalir tertentu sahaja iaitu halaju, kedudukan hadapan, vektor aliran dan tekanan semasa penyuntikan. Sampel bahan suapan telah hantar ke makmal ujian bahan bagi mendapatkan ciri bahan agar ciri yang digunakan menggambarkan ciri sifat bahan MIM. Daripada siri simulasi yang dijalankan, pengisian menunjukkan vektor dan corak aliran yang serupa. Masa pengisian berbeza sebanyak 108 % di mana PTC mengambil 0.24 s untuk pengisian manakala MoldFlow 0.11 s. Perbezaan yang agak besar adalah dari aspek tekanan yang terhasil iaitu tekanan maksimum MoldFlow adalah 39.13 MPa manakala PTC hanya 2.2 MPa. Kewujudan titik keluaran untuk pengudaraan dikenalpasti sebagai punca pengurangan tekanan pada PTC, selain faktor penggunaan anggapan dalam persamaan matematik yang digunakan. Daripada kajian ini juga, perisian PTC sedia ada berpotensi digunakan untuk memodelkan proses pengisian dalam MIM.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectInjection molding of metals
dc.titleSimulasi pengisian acuan dalam proses pengacuan suntikan logam
dc.typetheses
dc.format.pages97
dc.identifier.callnoTN695.Z338 2013 3
dc.identifier.barcode002099
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84739+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.