Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457569
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azah Mohamed, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Nazri bin Marzuki (P 40708) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:11:06Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:11:06Z | - |
dc.date.issued | 2011-06-01 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74388 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457569 | - |
dc.description | Lendut voltan telah menjadi salah satu permasalahan kualiti kuasa yang serius pada masa kini, terutamanya untuk peralatan elektrik dan elektronik yang sensitif. Kajian ini menyediakan maklumat terkini yang terperinci tentang kesan lendut voltan ke atas beberapa peralatan terpilih dalam konteks sistem agihan kuasa di Malaysia. Peralatan terpilih adalah komputer peribadi, lampu pendarfluor dan penyentuh arus ulangalik (AU). Komputer peribadi merupakan peranti pengkomputeran elektronik kompleks yang dihidupkan oleh bekalan kuasa bermod suis, yang akan terpadam ketika berlakunya lendut voltan. Keadaan yang sama turut dialami oleh lampu pendarfluor yang menyebabkan kerlipan cahaya dan terpadam bagi kes tertentu. Tidak seperti komputer peribadi dan lampu pendarfluor, penyentuh AU yang memacu beban besar, menggunakan daya elektromagnet yang dihasilkan oleh arus ulangalik. Ketika lendut voltan, peranti ini tidak mendapat arus yang mencukupi dari bekalan kuasa untuk berfungsi. Oleh itu, untuk menilai kesan lendut voltan terhadap peranti ini, ujian terperinci dilakukan dengan mengguna alat pengganggu kuasa industri sebagai penjana lendut voltan. Semasa ujian, setiap kategori peralatan diuji berdasarkan kriteria kerosakan yang telah ditakrifkan bagi membina lengkung kebolehterimaan voltan dengan mengubah kedalaman, tempoh masa dan titik atas gelombang bagi lendut voltan. Bagi komputer peribadi, lampu pendarfluor dan penyentuh AU, takrifan kriteria kerosakan masing-masing adalah rebut, pencahayaan sifar dan keterbukaan penyentuh. Hasil keputusan ujikaji ke atas pelbagai komputer peribadi menunjukkan bahawa komputer adalah peka terhadap lendut voltan dan kepekaannya berubah dalam julat yang besar. Keputusan ujikaji lampu pendarfluor menunjukkan bahawa lampu dengan balast elektromagnet adalah lebih peka terhadap lendut voltan berbanding lampu dengan balast elektronik. Bagi penyentuh AU, keputusan ujikaji menunjukkan bahawa penyentuh AU bukan sahaja peka terhadap magnitud dan tempoh masa lendut, malah juga titik atas gelombang. Setelah melakukan analisis kepekaan terhadap pelbagai peralatan, beberapa kaedah dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kepekaan bagi peranti ujian. Keputusan ujikaji menunjukkan bahawa pemasangan tambahan kapasitor arus terus (AT) ke bekalan kuasa bermod suis komputer dapat meningkatkan tempoh masa kekebalan, manakala anjakan isyarat pengesanan voltan rendah membantu meningkatkan tahap had terima magnitud lendut voltan. Kapasitor AT tambahan ditambahkan ke sambungan AT bagi litar balast untuk meningkatkan masa pegangan. Kebaikan dan keburukan perlaksaan kaedah meningkatkan kekebalan tahap had terima bagi komputer peribadi dan lampu pendarfluor turut dibincangkan. Akhirnya, bagi setiap kategori peralatan, lengkung generik kebolehterimaan voltan dibina bagi tujuan perbandingan dengan piawaian industri sepunya seperti SEMI F47 dan IEC 61000-4-11.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Lendut voltan | |
dc.subject | Beban sensitif | |
dc.subject | Sistem agihan | |
dc.subject | Malaysia | |
dc.subject | Electric power distribution | |
dc.title | Kesan lendut voltan terhadap beban sensitif dalam sistem agihan di Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 92 | |
dc.identifier.callno | TK3001.N349 2011 | |
dc.identifier.barcode | 000156 | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74388+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6.69 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.