Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457416
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZakiah Muhammaddun Mohamed, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNadiah Hassan (P68417)
dc.date.accessioned2023-09-12T02:24:23Z-
dc.date.available2023-09-12T02:24:23Z-
dc.date.issued2015-07
dc.identifier.otherukmvital:81911
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457416-
dc.descriptionObjektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara keberkesanan sistem kawalan dalaman (SKD) dan prestasi audit dalaman. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan mengkaji kesan sokongan pengurusan kepada hubungan tersebut. Prestasi audit dalaman diukur dengan menggunakan dua pembolehubah iaitu keberkesanan dan kecekapan audit dalaman. Data untuk kajian diperolehi menerusi soal selidik daripada ketua audit dalaman agensi sektor awam di Malaysia. Sebanyak 111 soal selidik telah diisi dan dikembalikan untuk dianalisis menggunakan kaedah analisis regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan keberkesanan SKD dan sokongan pengurusan memberi kesan yang positif dan signifikan kepada keberkesanan audit dalaman. Di samping itu, sokongan pengurusan turut menyumbang dalam menguatkan lagi hubungan antara keberkesanan SKD dan keberkesanan audit dalaman. Ini menunjukkan bahawa SKD organisasi dan sokongan pengurusan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keberkesanan audit dalaman di sektor awam Malaysia. Hasil kajian juga menunjukkan keberkesanan SKD berhubung secara positif dan signifikan kepada kecekapan audit dalaman, tetapi sokongan pengurusan tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap kecekapan audit dalaman. Hasil analisis tambahan menunjukkan bahawa sokongan pengurusan tidak berperanan sebagai pemoderat dalam hubungan antara keberkesanan SKD dan kecekapan audit dalaman. Kajian ini memberi sumbangan dari segi kebergunaan teori kontingensi dan akauntabiliti kepada salah satu unit penting dalam organisasi iaitu audit dalaman. Kajian ini juga menyumbang kepada pembangunan model yang menunjukkan interaksi sokongan pengurusan ke atas hubungan antara keberkesanan SKD dan prestasi audit dalaman.,Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectAuditing
dc.subjectInternal Malaysia
dc.subjectSistem kawalan dalaman
dc.subjectAudit Dalam
dc.titlePeranan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan sokongan pengurusan dalam meningkatkan prestasi audit dalaman sektor awam di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages128
dc.identifier.callnoHF5668.25.N335 2015
dc.identifier.barcode001548
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81911+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.