Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457304
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoradiva Hamzah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAida Md Rashid (P87510)
dc.date.accessioned2023-09-12T02:23:40Z-
dc.date.available2023-09-12T02:23:40Z-
dc.date.issued2020-02-18
dc.identifier.otherukmvital:118052
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457304-
dc.descriptionPendedahan maklumat kewangan dan bukan kewangan memberi pengaruh yang signifikan kepada pembuatan keputusan pelaburan. Dalam ekonomi yang berasaskan pengetahuan, modal intelek merupakan maklumat bukan kewangan yang penting dalam memberi nilai sebenar syarikat dan meningkatkan daya saing dalam pasaran global. Hasil dapatan kajian lepas mendapati hubungan pendedahan modal intelek dan kos modal ekuiti adalah tidak konsisten. Oleh itu, penyelidik lepas merasakan pendedahan modal intelek dalam laporan tahunan sudah kurang relevan dalam menyampaikan maklumat prestasi sesebuah syarikat kepada pelabur. Keadaan ini disebabkan kesukaran untuk mengukur nilai modal intelek dalam laporan tahunan dan pendedahan maklumat kewangan dan bukan kewangan dilakukan secara berasingan. Selaras dengan perkembangan pelaporan korporat terkini, Laporan Bersepadu (IR) diperkenalkan dengan menggabungkan laporan kewangan dan bukan kewangan yang menjadikan IR dikatakan mampu memberi nilai tambah kepada pelabur dalam proses pembuatan keputusan. Kajian ini mempunyai dua objektif; pertama untuk mengkaji hubungan pendedahan modal intelek dalam IR ke atas kos modal ekuiti syarikat. Kedua, mengkaji peranan saiz, strategi perniagaan dan jenis industri ke atas hubungan antara pendedahan modal intelek dalam IR dan kos modal ekuiti. Sampel kajian ini terdiri daripada Laporan Bersepadu syarikat yang tersenarai dalam Pangkalan Data International Integrated Reporting Council (IIRC). Kajian ini menggunakan analisis kandungan untuk mengukur tahap pendedahan modal intelek dan analisis regresi digunakan untuk menyiasat hubungan antara pendedahan modal intelek dan kos modal ekuiti dan peranan pembolehubah pemoderat terhadap hubungan tersebut. Hasil kajian mendapati tiada hubungan antara pendedahan modal intelek dan kos modal ekuiti. Namun begitu, hasil kajian selanjutnya mendapati hanya saiz syarikat dan strategi perniagaan berperanan sebagai pemoderat antara hubungan pendedahan modal intelek dalam IR dan kos modal ekuiti. Menariknya, analisis tambahan bagi kajian ini menunjukkan syarikat yang bersaiz besar dan menggunakan strategi pembezaan produk dalam industri berasaskan pengetahuan mendapat kos modal ekuiti yang berkurangan. Sebaliknya, analisis tambahan juga mendapati syarikat yang menggunakan strategi kos pemimpin sama ada dalam industri berasaskan pengetahuan atau industri tradisional memperoleh kos modal ekuiti yang lebih tinggi. Hasil kajian ini relevan kepada Badan Pemantauan sama ada di peringkat antarabangsa atau di Malaysia seperti Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menggalakkan penggunaan IR di kalangan syarikat ke arah pendedahan yang lebih telus kerana ia membawa kepada kecekapan pasaran modal.,Sarjana Perakaunan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectFinancial statements
dc.subjectAccounting
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePeranan saiz, strategi perniagaan dan industri ke atas hubungan antara pendedahan modal intelek dalam laporan integrasi dan kos modal ekuiti : majlis Pelaporan Bersepadu Antarabangsa (IIRC)
dc.typetheses
dc.format.pages137
dc.identifier.callnoHF5681.B2A383 2020 tesis
dc.identifier.barcode004566(2020)
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118052+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
14.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.