Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457265
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dato' Dr.-
dc.contributor.advisorA Rahman A Jamal, Prof. Datuk Dr.-
dc.contributor.authorKhairunnisa' Md Yusof (P67292)-
dc.date.accessioned2023-09-12T01:41:16Z-
dc.date.available2023-09-12T01:41:16Z-
dc.date.issued2016-08-09-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457265-
dc.description.abstractFitokimia merupakan sebatian aktif semulajadi yang mempunyai kesan yang baik ke atas kesihatan manusia seperti mencegah penyakit kronik seperti kanser. Ia hadir dalam sumber semulajadi atau diet harian seperti sayuran dan buah-buahan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan kemopencegahan fitokimia tumbuhan hidroksikavikol (HC), epigallocatechin gallate (EGCG), asiaticoside (AS), [6]-gingerol (GIN), gama tokotrienol (GTT) dan fraksi kaya tokotrienol (TRF) terhadap pengekspressan gen yang terlibat dalam sel kanser kolorektum manusia. Sel dirawat dengan fitokimia dan vitamin E (HC, EGCG, AS, GIN, GTT and TRF) secara individu dan kombinasi selama 24 jam. Asai viabiliti sel, asai apoptosis, penjujukan RNA serta pengesahan melalui qPCR dijalankan untuk menentukan kepekatan perencatan separa maksimum (IC50), mod kematian sel, dan gen yang dimodulasi oleh fitokimia dan vitamin E terpilih. Kesan interaksi seperti sinergistik,antagonistik dan aditif ditentukan melalui indeks kombinasi (C.I). Hasil kajian menunjukkan kombinasi GIN+GTT memberikan kesan sinergi dan amat efektif terhadap sel HT29 dan SW837 manakala kombinasi GTT+EGCG memberikan kesan aditif terhadap sel Colo320. Rawatan HC secara tunggal merupakan agen anti-proliferatif paling efektif terhadap ketiga-tiga sel berbanding fitokimia lain kerana memerlukan dos rendah untuk merencat pertumbuhan sel kanser (p60µg/mL). Asai apoptosis menunjukkan rawatan kombinasi (GIN+GTT dan GTT+EGCG) dan HC mengaruhkan kematian sel melalui apoptosis (p200mM) boleh menyebabkan ketoksikan pada sel normal. Oleh kerana fitokimia ini merencat pertumbuhan sel kanser kolorektum melalui pelbagai tapak jalan, ia dilihat berpotensi sebagai agen kemopencegahan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationUKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)en_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectNeoplasms -- drug therapyen_US
dc.subjectPhytochemicals -- pharmacologyen_US
dc.subjectPhytochemicals -- therapeutic useen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.titleKesan anti-proliferasi dan modulasi fitokimia secara individu dan kombinasi terhadap pengekspresan gen sel kanser kolorektumen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages68en_US
dc.format.degreeThe Degree of Master of Scienceen_US
Appears in Collections:UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan anti-proliferasi dan modulasi fitokimia secara individu dan kombinasi terhadap pengekspresan gen sel kanser kolorektum.pdf
  Restricted Access
Partial774.75 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.