Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456147
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Makmor Bakry, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Selvakumari Selvadurai (P97350) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-11T08:03:06Z | - |
dc.date.available | 2023-09-11T08:03:06Z | - |
dc.date.issued | 2022-02-10 | |
dc.identifier.other | ukmvital:127888 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456147 | - |
dc.description | Fokus kaedah kaunseling konvensional adalah penyampaian pengetahuan manakala pendekatan secara keterlibatan aktif adalah untuk meningkatkan penglibatan dan kawalan pesakit dalam proses pengurusan kesihatan. Ketidakpatuhan pesakit terhadap terapi ubat dikaitkan dengan tahap kepercayaan, pilihan dan harapan pesakit. Hubungan di antara pesakit dan ahli farmasi adalah salah satu penentu kepada kepatuhan terhadap ubat. Di Malaysia, penyelidikan berfokus kepada amalan ahli farmasi di penjagaan primer masih baru. Kajian ini menerokai pelbagai elemen yang mempengaruhi keterlibatan aktif ahli farmasi dan pesakit semasa kaunseling diabetes dalam penjagaan kesihatan primer. Bahagian 1 kajian telah menggunakan kaedah kualitatif beserta analisis tematik temu bual separa berstruktur. Subjek dipilih dari lima klinik kesihatan primer di Kuala Lumpur. Kajian disertai oleh 10 orang ahli farmasi yang aktif menjalankan kaunseling terapi kepatuhan ubat diabetes (DMTAC) dan 15 pesakit DMTAC yang berdaftar. Kombinasi perisian komputer ATLAS.ti dan kaedah tulisan tangan digunakan dalam pemetaan minda pembangunan tema. Tema yang telah dikenalpasti untuk pendekatan keterlibatan aktif ahli farmasi merangkumi menjalin hubungan (subtema: pengenalan dan pemberian salam, pemecah kebuntuan (ice-breaking), pemeriksaan latar belakang, sikap ahli farmasi, motivasi ahli farmasi), dapatkan maklumat (subtema: perhatian, komunikasi interaktif, faktor masa, menilai semula pemahaman pesakit), membina hubungan (subtema: berkongsi idea, emosi, hubungan dan kepercayaan, kepekaan, sokong dan percaya), penjelasan dan perancangan (subtema: membuat keputusan, persetujuan bersama atau perbincangan dua hala) dan menutup sesi (lain-lain) (subtema: akses kepada ahli farmasi, temujanji DMTAC). Bahagian 2 kajian ini telah mengukur sikap ahli farmasi dan pesakit terhadap konkordans. Kajian keratan rentas secara deskriptif yang bersama 124 pesakit dan 30 ahli farmasi yang terlibat dalam DMTAC di klinik kesihatan primer dari Julai 2019 hingga Mac 2020. Peserta diminta untuk menjawab borang soal selidik (karakteristik sosio-demografi dan sikap terhadap konkordans) berdasarkan pengalaman kaunseling mereka dengan ahli farmasi atau pesakit. Soal selidik Revised United States Leeds Attitudes towards Concordance (RUS-LATCon) yang divalidasi telah digunakan. 14 penyataan tervalidasi tersebut dirujuk sebagai Q1-Q14. Majoriti pesakit (> 50%) bersetuju atau sangat setuju dengan semua pernyataan mengenai sikap terhadap konkordans. Peratusan persetujuan tertinggi adalah pada Q1 dan Q2. Peratusan tidak setuju kurang daripada 20% peserta ditunjukan untuk 12 pernyataan konkordans oleh pesakit dan 11 pernyataan oleh ahli farmasi. Secara keseluruhan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Counseling | |
dc.subject | Delivery of Health Care | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Keterlibatan aktif ahli farmasi dan pesakit untuk mencapai konkordans dalam pendidikan diabetes penjagaan kesihatan primer | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 151 | |
Appears in Collections: | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_127888+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.