Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456146
Title: | Keberkesanan gel topikal yang mengandungi nanopartikel kitosan untuk penyampaian dsirna pembawa prostaglandin dan kurkumin bagi rawatan luka diabetis |
Authors: | Fatin Hanani Mohd Fadhil (P86200) |
Supervisor: | Haliza Katas, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Diabetes Mellitus Nanoparticles Plants Medicinal Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Jan-2022 |
Description: | Bagi pesakit diabetes mellitus, hiperglisemia meningkatkan ekspresi gen pembawa prostaglandin (PGT) yang mengurangkan isyarat prostaglandin E2 (PGE2). Keadaan ini mengganggu respon pembentukan salur darah dan melambatkan penyembuhan luka yang menyukarkan rawatan luka diabetik. Tujuan kajian ini adalah untuk menghantar RNA penghalang kecil substrat-diser (DsiRNA) dan kurkumin (Cur) secara topikal ke kawasan luka untuk mempercepatkan penyembuhan luka dengan bertindak sebagai ejen pelenyapan gen PGT dan anti-inflamatori. Kedua-dua bahan aktif ini dimasukkan ke dalam nanopartikel kitosan (CSNPs) dan kemudiannya dicampur ke dalam pembawa gel Pluronik F-127 (PF-127). Cur-CSNPs telah disediakan secara tautan silang kitosan (CS) dan Cur dengan ion tripolifosfat melalui kaedah gelasi ionik. Permukaan Cur-CSNPs telah dijerapkan dengan DsiRNA untuk menghasilkan Cur/DsiRNA-CSNPs. CSNPs yang terhasil telah dioptimumkan untuk memperoleh partikel bersaiz kecil (273.7 ± 56.5 nm), taburan saiz partikel (0.4 ± 0.0) dan cas permukaan tinggi (+25.9 ± 3.2 mV) yang dikehendaki. Morfologi dan pemerangkapan agen aktif juga telah ditentukan dan kebanyakan partikel berbentuk sfera dengan keberkesanan pemerangkapan tinggi untuk Cur (86.8 ± 4.2%) dan DsiRNA (100.0 ± 0.0%). DsiRNA juga mengikat kuat di permukaan CSNPs seperti yang ditunjukkan melalui kaedah elektroforesis gel. CSNPs yang terpilih telah dimuatkan ke dalam gel PF-127 berkepekatan 25% w/v, menggunakan kaedah penyejukkan. Gel yang terhasil mempunyai tekstur, kelikatan, ciri gelasi dan morfologi gel yang baik. Kajian pelepasan dadah 24 jam secara in-vitro menunjukkan jumlah kumulatif pelepasan DsiRNA adalah lebih tinggi berbanding Cur iaitu dalam lingkungan 23.8-35.4 ?g/cm2. Kebolehidupan fibroblas yang didedahkan kepada CSNPs adalah lebih tinggi daripada 80%, menggambarkan sifat tidak toksik CSNPs terhadap sel. Kajian secara invivo dalam model tikus Wistar yang diaruhkan diabetik menunjukkan luka pada kumpulan tikus yang dirawat dengan formulasi gel DsiRNA/Cur-CSNPs sembuh pada kadar yang lebih tinggi berbanding kumpulan lain. Keputusan histologi, imunohistokimia dan ekspresi faktor pertumbuhan endotelial vaskular (VEGF), faktor pertumbuhan transformasi beta (TGF-?) dan hidroksiprolin sampel kulit luka menunjukkan formulasi gel ini membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Kesimpulannya, formulasi gel yang mengandungi Cur/DsiRNACSNPS berpotensi sebagai ejen penyembuh luka diabetik,Ijazah Sarjana |
Pages: | 151 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_127883+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.16 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.