Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456132
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Noraida Mohamed Shah, Dr. | |
dc.contributor.author | Nies Yong Hui (P83973) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-11T08:02:59Z | - |
dc.date.available | 2023-09-11T08:02:59Z | - |
dc.date.issued | 2019-01-14 | |
dc.identifier.other | ukmvital:103647 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456132 | - |
dc.description | Integrasi perspektif pesakit dalam membuat keputusan rawatan kini menjadi modaliti pilihan utama dan bukan lagi secara kaedah konvensional yang berdasarkan keputusan doktor sepenuhnya. Oleh itu, keperluan alat sokongan maklumat adalah sangat penting bagi pesakit barah payudara supaya mereka dapat memahami maklumat rawatan yang akan diterima. Fasa pertama kajian ini melibatkan 68 orang pakar perubatan dan 204 orang pesakit barah payudara yang baru didiagnos dari tiga hospital di Malaysia. Lebih kurang separuh daripada pesakit lebih gemar membuat keputusan bersama dengan doktor mereka (47.5%), diikuti oleh mereka yang lebih gemar bersikap pasif (42.6%) dan aktif (9.8%). Walau bagaimanapun, pakar perubatan menganggap bahawa majoriti pesakit lebih gemar membuat keputusan secara aktif (56.9%), diikuti dengan membuat keputusan bersama (32.8%) dan pasif (10.3%). Konkordans keseluruhannya adalah 26.5% (54 daripada 204 persamaan di antara pesakit-doktor). Doktor gagal memahami persepsi pesakit dalam membuat keputusan berkaitan rawatan mereka. Median keutamaan skor maklumat dan skor penglibatan tingkah laku adalah 4 (julat antara kuartil [JAK] = 3-5) dan 2 (JAK = 2- 3), masing-masing. Dalam regresi logistik univariat, etnik, agama, tahap pendidikan, status reseptor estrogen (ER) dan status reseptor progesteron (PR) pesakit dikaitkan dengan pilihan peranan pesakit dalam membuat keputusan rawatan secara signifikan. Walau bagaimanapun, hanya etnik dan tahap pendidikan pesakit dikaitkan dengan keutamaan pesakit dalam mendapatkan maklumat secara signifikan (p < .05). Dalam regresi logistik multivariat, tahap pendidikan sahaja yang dikaitkan dengan pilihan peranan pesakit dalam membuat keputusan rawatan serta keutamaan pesakit dalam mendapatkan maklumat semasa perundingan secara signifikan (p < .05). Dalam projek seterusnya, temuduga semi-berstruktur dan analisis tematik transkrip dilakukan selepas persampelan secara purposive daripada 36 pesakit barah payudara yang telah selesai rawatan kemoterapi. Data dikategorikan kepada lapan tema utama: tiada pengetahuan tentang kemoterapi; keinginan untuk mengetahui tentang kemoterapi dengan lebih lanjut; ketakutan terhadap kemoterapi; pengalaman kualiti hidup yang teruk selepas kemoterapi; kepercayaan pesakit kepada rawatan alternatif; pengurusan kesan samping kemoterapi; tumpuan kepada kesihatan setelah kemoterapi; kebimbangan barah berulang. Pemberian maklumat yang terperinci kepada pesakit mengenai kemoterapi bersama dengan potensi kesan sampingnya adalah sangat penting sebelum rawatan dimulakan. Oleh itu, pesakit dapat memahami rawatan yang akan diterima supaya tiada sebarang salahfaham berkaitan kemoterapi. Maklumat dari kajian ini bersama dengan kajian literasi digunakan untuk membangunkan alat sokongan bagi pesakit di Malaysia supaya ia dapat membantu mereka membuat keputusan berkaitan kemoterapi. Kesahihan kandungan alat ini dijalankan oleh pakar bidang untuk memastikan ketepatan maklumat yang diberikan. Alat ini dibangunkan dalam bentuk salinan keras dan atas talian dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Penilaian terhadap alat ini telah dilakukan kepada 22 orang pesakit barah payudara untuk menentukan kebolehterimaan alat yang dibangunkan. Hampir semua pesakit (95.5%) mendapati bahawa alat ini dapat membantu mereka memahami kemoterapi dengan lebih lanjut dan mengesyorkannya kepada pesakit lain. Kesimpulannya, penggunaan alat sokongan maklumat ini dapat meningkatkan kefahaman pesakit sementara menggalakkan penglibatan pesakit dan penjagaan diri untuk meningkatkan kesihatan mereka.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Barah payudara | |
dc.subject | Kemoterapi | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Pembangunan alat sokongan maklumat berkaitan kemoterapi untuk pesakit yang didiagnos dengan barah payudara | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 291 | |
dc.identifier.callno | WP870.N676p 2018 9 | |
Appears in Collections: | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_103647+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.