Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456131
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorazrina Azmi, Dr.
dc.contributor.authorManali Haniti Mohd Zahid (P78318)
dc.date.accessioned2023-09-11T08:02:58Z-
dc.date.available2023-09-11T08:02:58Z-
dc.date.issued2018-08-04
dc.identifier.otherukmvital:100754
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456131-
dc.descriptionOcimum basilicum L. merupakan sejenis pokok herba yang digunakan oleh masyarakat terdahulu berikutan kesan perubatannya. Spesies Ocimum lain, iaitu Ocimum sanctum telah mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan penyelidik bagi potensi neuroprotektif. Walaubagaimanapun, kajian terkini menunjukkan bahawa O. basilicum turut mempunyai aktiviti neuroprotektif. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan neuroprotektif O. basilicum var. thyrsiflora terhadap tekanan oksidatif yang diaruh hidrogen peroksida dalam sel neuroblastoma SK-N-SH dan kerosakan memori bukan spatial yang diaruh skopolamina pada tikus. Dalam kajian ini, daun O. basilicum telah diekstrak menggunakan 80% etanol dan kemudiannya difraksi secara berperingkat bagi mendapatkan fraksi heksana, etil asetat dan etanol. Sel SK-N-SH diberikan prarawatan O. basilicum sebelum diaruh H2O2. Kemudian, kesan neuroprotektif O. basilicum diukur berdasarkan kebolehhidupan sel, spesies oksigen reaktif (ROS) dan aktiviti enzim antioksidan. Bagi kajian in vivo, tikus diberi prarawatan ekstrak mentah O. basilicum sebelum diaruh skopolamina. Kemudian, tikus diuji bagi ujian diskriminasi objek novel (NOD) dan penentuan aktiviti enzim antioksidan dalam hipokampus. Kajian in vitro menunjukkan bahawa sel yang diaruh dengan 50 ?M H2O2 selama 24 jam telah mengurangkan kebolehhidupan sel kepada 54.3% tetapi pengurangan ini telah dihalang oleh 2 jam prarawatan O. basilicum. Sel SK-N-SH yang diaruh H2O2 telah menunjukkan peningkatan peratusan sel apoptotik. Perbandingan peratus sel viabel dan sel apoptotik adalah ketara (p<0.05) berbanding sel yang tidak diaruh. Pada kepekatan 25 ?g/mL, sel yang diprarawat oleh fraksi etil asetat telah meningkatkan kebolehhidupan sel dan paras superoksida dismutase secara ketara (p<0.05) berbanding dengan sel yang hanya diaruh H2O2 tanpa prarawatan. Pengeluaran ROS bagi sel yang diaruh H2O2 sahaja meningkat sebanyak 2.39 kali ganda berbanding sel yang tidak diaruh. Namun, peningkatan ini telah dihalang oleh prarawatan O. basilicum. Sementara itu, kajian in vivo menunjukkan bahawa 200 mg/kg ekstrak mentah O. basilicum telah menurunkan kesan kerosakan memori bukan spatial yang diaruh skopolamina seperti yang diperhatikan dalam ujian NOD. Skopolamina juga telah merendahkan aktiviti katalase secara ketara (p<0.05) tetapi ia telah dihalang oleh prarawatan O. basilicum. Hasil kajian kami mencadangkan bahawa O. basilicum telah menunjukkan aktiviti neuroprotektif melawan kerosakan oksidatif dalam sel neuron dan perubahan dalam otak diaruh skopolamina.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi
dc.rightsUKM
dc.subjectHerba
dc.subjectNeuroprotektif
dc.subjectNeuroblastoma
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan neuroprotektif ocimum basilicum pada sel neuroblastoma dan memori bukan spatial pada tikus
dc.typetheses
dc.format.pages87
dc.identifier.callnoWB925.M266k 2018 9
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100754+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
527.16 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.