Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456123
Title: | Penilaian formulasi oleogel kortikosteroid topikal berasaskan minyak ikan komersial yang dihasilkan daripada ikan-ikan kecil untuk rawatan dermatitis atopik |
Authors: | Mohammad Fahmi Daman Huri (P57895) |
Supervisor: | Mohd Hanif Zulfakar, Dr. |
Keywords: | Minyak ikan Anti-keradangan Dermatitis atopik Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 1-Aug-2016 |
Description: | Tindak balas anti-keradangan daripada ubat kortikosteroid topikal seperti betametason dipropionat (BD) adalah penting untuk rawatan dermatitis atopik (DA). Namun, masalah dengan penghantaran ke dalam kulit dan kesan sampingan yang timbul dari penggunaan berpanjangan menjadi satu cabaran. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan formulasi oleogel kortikosteroid dengan minyak ikan komersial (Blackmores Omega Cardiwell) sebagai pelarut utama dan menguji keberkesanannya dalam rawatan DA. Oleogel minyak ikan komersial mengandungi 0.05 % b/b BD disediakan menggunakan dua agen pengegelan, iaitu lilin lebah (beeswax) dan sorbitan monostearate (Span 60). Formulasi hidrogel dan salap beprosone digunakan sebagai kawalan dalam kajian ini. Pencirian sifat fizikokimia, termasuk ciri organoleptik, reologi, struktur hablur dan analisa tekstur, profil pelepasan bahan aktif dan kestabilan fizikal dijalankan bagi menyaring formulasi terpilih. Penilaian kehilangan air daripada epidermis, ujian kerengsaan kulit, perencatan kesan edema dan eritema, ujian histopatologi, dan perubahan aras IgE serum dijalankan dengan menggunakan model mencit NC/Nga, satu model haiwan untuk DA. Keputusan menunjukkan gel yang disediakan dengan 10 % b/b lilin lebah (FHB) menunjukkan ciri formulasi yang terbaik. Ia menunjukkan kestabilan yang baik dalam keadaan bilik (30 ± 2 °C, 75 ± 5 % RH) dan dipercepat (40 ± 2 °C, 75 ± 5 % RH) sehingga tempoh 6 bulan. Fluks pembebasan BD yang tinggi (p < 0.05) relatif kepada formulasi kawalan juga diperolehi. FHB turut berkesan dalam mengurangkan kehilangan air daripada epidermis (p < 0.05), kerengsaan kulit (p < 0.05), edema (> 40 %) dan eritema (p < 0.05), serta mengurangkan aras IgE serum mencit NC/Nga (p < 0.05) berbanding kumpulan mencit kawalan. Kesimpulannya, minyak ikan telah menunjukkan keupayaannya sebagai penggalak penembusan bagi kortikosteroid topikal poten, BD dan kombinasinya dengan kortikosteroid dalam penyediaan formulasi oleogel berasas minyak ikan telah menunjukkan keberkesanan dalam memulihkan dan merawat lesi kulit dalam model haiwan untuk DA.,Sarjana Sains Farmasi |
Pages: | 33 |
Call Number: | QV20.5.M697p 2016 9 tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97469+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 366.3 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.