Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456107
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Tajudin Mohamad Rasdi, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorAzmal Sabil (P52815)-
dc.date.accessioned2023-09-11T07:35:36Z-
dc.date.available2023-09-11T07:35:36Z-
dc.date.issued2012-09-02-
dc.identifier.otherukmvital:120894-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456107-
dc.descriptionTanggam merupakan warisan seni bina Melayu yang mencerminkan pencapaian teknologi serta keafinan masyarakat Melayu dahulu kala dengan bahan binaan yang wujud dengan banyak di persekitarannya, iaitu kayu. Umumnya, 'Sistem Tanggam' merujuk kepada suatu bentuk disiplin penyambungan struktur kayu. Teknik penyambungan yang dikenali sebagai 'tanggam' ini merupakan elemen penting dalam pembinaan kayu tradisi. Di sebalik pencapaian teknologi tinggi dalam pembinaan rumah tradisional Melayu suatu ketika dahulu, kini ia berhadapan dengan kepupusan serta kejahilan masyarakat Melayu di zaman moden tentang kewujudannya. Hal ini disebabkan kurangnya dokumentasi tentang kemahiran atau jenis sistem tanggam yang wujud di alam bina Melayu. Walaupun terdapat beberapa kajian mengenai tanggam dilaksanakan sebelum ini, namun masih belum kelihatan satu kajian yang komprehansif mengenai tipologi tanggam yang wujud di negara ini. Kajian tipologi tanggam ini penting kerana melaluinya, aspek-aspek yang tersembunyi di sebalik pembinaan tanggam dapat dicungkil seperti kejuruteraan struktur dan pengetahuan bahan. Di dalam memelihara warisan binaan agung ini, satu kajian asas mengenai binaan tanggam perlu dilaksanakan terlebih dahulu kerana melaluinya, pelbagai penyelidikan baru yang berkait dengan seni bina tanggam Melayu dapat diketengahkan. Justeru, satu kajian mengenai tipologi tanggam yang mengaitkan reka bentuk, kekuatan serta penggunaannya di dalam pembinaan rumah tradisional Melayu di Semenanjung Malaysia telah dilaksanakan. Ianya merangkumi kajian terhadap reka bentuk tanggam dan penggunaannya pada struktur-struktur binaan yang terdapat pada rumah tradisional Melayu. Melaluinya, satu hubung kait mengenai reka bentuk dan kekuatan struktur sambungan tanggam dapat dikenal pasti. Kajian telah dilaksanakan berlandaskan sumber penulisan sedia ada mengenai tanggam di Malaysia serta analisis mengenai penggunaan tanggam dalam pembinaan rumah tradisional Melayu seperti yang terdapat di dalam manuskrip lukisan terukur rumah tradisional Melayu yang diperoleh dari Pusat Kajian Alam dan Bina Melayu (KALAM), Universiti Teknologi Malaysia. Hasil daripada kajian ini, satu tipologi tanggam yang menjelaskan perkaitan di antara reka bentuk, kekuatan struktur sambungan dan zon penggunaannya dalam pembinaan rumah tradisional Melayu akan diketengahkan. Penemuan tesis ini akan berfungsi sebagai satu bentuk kerangka pemikiran dalam kajian mengenai tanggam di masa akan datang.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectArchitecture-
dc.subjectDomestic -- Malaysia-
dc.subjectDwellings -- Malaysia-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleTipologi rekabentuk tanggam berdasarkan penggunaannya di dalam struktur binaan rumah tradisional Melayu di Semenanjung Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages228-
dc.identifier.callnoNA7436.M4A995 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002921 (2012)-
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120894+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.