Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456099
Title: Petanda dan sempadan budaya masyarakat Melayu Cape, Afrika Selatan
Authors: Hanida Haron (P26877)
Supervisor: Wan Hashim Wan Teh, Prof. Dato.
Keywords: Malays -- South Africa -- Cape of Good Hope
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Dec-2008
Description: Bancian penduduk yang dilakukan pada tahun 1994 di Cape Town, menunjukkan penduduk tempatan beragama Islam seramai 320,000 orang. Tidak semua orang Melayu datang ke Cape Town sebagai hamba, sebilangan besar datang sebagai orang buangan politik. Orang-orang Melayu ini bawa bersama mereka budaya asal dan kemahiran pertukangan. Sebagai kumpulan minoriti dan menetap lebih daripada 300 tahun di sini, pengaruh barat (pengaruh dominan) dan perkahwinan campur dengan kaum asing terutama sekali India Muslim telah mempengaruhi budaya dan bahasa asal mereka. Pada masa kini mereka mempunyai budaya yang unik dan bertutur di dalam bahasa Afrikaans dan Inggeris. Secara umumnya mereka tidak lagi bertutur dan memahami Bahasa Melayu. Walaupun begitu, masih terdapat kesan-kesan budaya dan pengekalan beberapa perkataan Melayu dalam masyarakat ini yang digunakan hingga ke hari ini. Tumpuan kajian ini ialah daerah Wynberg yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di Western Cape. Objektif utama penyelidikan ialah untuk mengkaji secara ringkas sejarah kedatangan dan penempatan orang-orang Melayu di Cape Town terutamanya di daerah Wynberg, menyelidik budaya masyarakat Melayu Cape pada masa lalu yang masih diingati oleh kebanyakan orang-orang tua dan juga yang sedang diamalkan, mengenal pasti pengaruh budaya Melayu dan juga budaya Barat yang wujud dalam masyarakat ini, melihat perbezaan budaya di antara masyarakat Melayu Cape dan India Muslim dan juga mengenal pasti Bahasa Melayu yang wujud dalam masyarakat ini pada masa sekarang. Pengaruh budaya dan Bahasa Melayu dikaji di dalam istiadat atau upacara seperti perkahwinan, kelahiran, khatan, keagamaan, kepercayaan dan aktiviti sosial. Perbandingan dibuat ke atas upacara-upacara yang dijalankan dahulu dan sekarang untuk melihat sejauh mana penyerapan budaya telah berlaku. Kaedah yang dilakukan ialah pemerhatian secara terus terhadap masyarakat yang dikaji. Maklumat diperoleh melalui temu bual, survey, penglibatan secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan dan juga kajian lepas. Akhir sekali, peranan etnik Melayu Cape sebagai minoriti dan bentuk hubungan antara kaum yang terdapat di Cape Town juga dikaji. Didapati beberapa bentuk hubungan antara kaum seperti asimilasi (assimilation) dan penyatuan (melting pot) dapat dilihat dengan jelas. Kajian ini penting untuk mengetahui sejarah dan persamaan budaya dan bahasa yang wujud di antara Melayu Cape dan Melayu Induk terutama sekali yang berasal dari Malaysia. Dengan adanya pengetahuan sejarah, budaya dan bahasa, hubungan dua hala dapat dilakukan dengan lebih mudah.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Persuratan
Pages: 328
Call Number: GR359.2.M34H356 2008 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114614+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
18.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.