Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456098
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZuliskandar Ramli
dc.contributor.authorMohammad Anis Abdul Samad (P77898)
dc.date.accessioned2023-09-11T07:35:33Z-
dc.date.available2023-09-11T07:35:33Z-
dc.date.issued2018-07-16
dc.identifier.otherukmvital:106486
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456098-
dc.descriptionSebagai sebuah kitab yang suci lagi dimuliakan, segala hal yang berkaitan dengan mushaf Qur'an dihasilkan dengan teliti, daripada tulisan, hiasan muka surat, kulit, penjilidan, dan tidak ketinggalan pada rehal yang direka untuk meletakkan al-Qur'an bagi tujuan bacaan. Tersebar luasnya ajaran Islam ke seluruh dunia telah mempelbagaikan reka bentuk dan ragam hias rehal. Kepelbagaian ini secara tidak langsung mencerminkan identiti seni dan budaya masyarakat yang menghasilkannya. Di Malaysia, lambakan rehal dari luar negara, inovasi produk rehal moden dan kurangnya pengeluaran rehal tradisional di pasaran menyebabkan rehal yang bercirikan kesenian tempatan semakin dilupakan dan sukar ditemui. Sebagai usaha melestarikan rehal sebagai salah satu artifak budaya Melayu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti ciri-ciri khas reka bentuk dan ragam hias rehal Pantai Timur, menganalisis serta mentafsir makna yang tersirat disebaliknya. Pantai Timur Semenanjung Malaysia dipilih sebagai tumpuan kajian kerana ia sememangnya terkenal dengan kemahiran pertukangan dan ukiran kayu. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian lapangan untuk mendokumentasikan rehal koleksi muzium tempatan, pengukir dan pembuat rehal di Pantai Timur. Rehal di beberapa surau dan masjid yang dikunjungi semasa kajian lapangan turut direkodkan, selain beberapa buah rehal koleksi pengumpul barangan antik. Temu bual tokoh-tokoh seni ukir Melayu, pembuat rehal, ahli akademik dan kurator muzium juga telah dijalankan. Selain itu, pemerhatian turut serta dalam proses pembuatan rehal, dan kajian kepustakaan turut dimanfaatkan dalam penyelidikan ini. Reka bentuk rehal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia tidak banyak beza dengan reka bentuk rehal dari negara-negara Islam yang lain, namun proses dan teknik pembuatannya disesuaikan menurut kearifan tukang tempatan. Sampel kajian menunjukkan terdapat tiga jenis rehal berdasarkan teknik bukaan yang berbeza iaitu rehal berjejari, rehal selak dan rehal berlapis. Di antara ketiga-tiga jenis rehal tersebut, rehal berjejari yang paling banyak dihias dengan seni ukiran. Dua gaya ukiran yang ditemui ialah ukiran Langkasuka dan ukiran Melayu. Unsur tenaga seperti tanah, api, air dan angin adalah asas dalam gaya Langkasuka. Sementara itu, unsur tumbuh-tumbuhan seperti benih, batang, pucuk, daun, bunga dan buah pula menjadi asas gaya ukiran Melayu. Kepatuhan pengukir Melayu pada 'adab' mengukir dalam setiap karya yang dihasilkan, secara tidak langsung menjadikan ianya sebagai identiti yang membezakan antara rehal Melayu dengan rehal dari negara lain. Sungguhpun begitu, masih ada ruang untuk penyesuaian antara unsur tumbuh-tumbuhan dengan unsur-unsur lain seperti kaligrafi, geometri, logo dan jata negeri. Bentuk rehal yang seperti huruf 'X' membolehkan al-Qur'an yang diletakkan di permukaannya seakan-akan ditatang atau dijunjung. Secara tersiratnya, ini membawa pengertian meninggi dan memuliakan Kalamullah. Di sebalik 'adab' ukiran Melayu pula, tersembunyi pengertian yang mendalam tentang makna kehidupan, hubungan sesama insan, manusia dengan alam dan Penciptanya.,Sarjana Persuratan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
dc.rightsUKM
dc.subjectUkiran Melayu
dc.subjectSeni ukiran
dc.subjectRehal
dc.subjectIslamic wood-carving -- Malaysia
dc.titleRehal Pantai Timur Semenanjung Malaysia : reka bentuk, ragam hias dan makna
dc.typetheses
dc.format.pages242
dc.identifier.callnoNK9708.9.M833 2018 8tesis
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106486+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
30.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.