Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456090
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jamaluddin Md. Jahi Profesor Datuk Dr | |
dc.contributor.author | Nasir Nayan (P44971) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-11T07:35:31Z | - |
dc.date.available | 2023-09-11T07:35:31Z | - |
dc.date.issued | 2012-09-11 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84985 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456090 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap pembangunan zon pinggir pantai negeri Perak sejak tahun 1974 hingga 2004 dan impaknya terhadap kualiti alam sekitar serta perubahan penduduk dan persepsinya. Data sekunder rasmi guna tanah oleh Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia tahun 1974, 1984, 1990, 1997, 2000 dan 2004 digunakan dengan manipulasi perisian ArcGIS untuk menilai perubahan guna tanah. Data penduduk rasmi keluaran Jabatan Perangkaan bagi tahun banci 1970, 1980, 1991 dan 2001 juga digunakan. Data primer berbentuk persepsi dikutip dari lapangan menggunakan set soalan. Kaedah analisis trend siri masa kaedah Mann-Kendall, analisis deskriptif, teknik ANOVA dan regresi Pearson dalam kebanyakan analisis analitikal. Sambungan patch analyst dan teknik biasa dalam ArcGIS digunakan untuk menjalankan analisis matrik landskap perubahan guna tanah dan deskriptif. Pembangunan guna tanah di ZPP negeri Perak berada pada tahap sederhana iaitu kurang 70 peratus kawasannya diubah didominasi oleh pertanian (64 peratus) dengan trend meningkat (S=9) berbanding guna tanah lain yang sama ada menurun atau meningkat dengan sedikit sahaja. Hasilan matriks landskap menunjukkan perubahan guna tanah berlaku dengan trend peningkatan di kesan pada matrik NumP (S=7). Indeks kualiti air sungai menunjukkan kebanyakan stesen pemonitoran menunjukkan kualiti air yang memerlukan kepada rawatan lanjut (Kelas III), dengan tumpuan kepada beberapa stesen seperti di Manjung sahaja berdasarkan kepada nilai ANOVA (P=0.00). Penduduk di ZPP negeri Perak meningkat 20 peratus dari tahun 1970 hingga 2000 tetapi tidak ketara (P>0.05) dengan tumpuan di zon perancangan pembangunan tengah iaitu dari hanya 40 peratus (tahun 1970) kepada 52 peratus pada tahun 2000 dengan penyusutan ketara kepada zon utara dan selatan. Majoriti penduduk adalah etnik Melayu iaitu 59 peratus pada tahun 2000. Kawasan tumpuan penduduk adalah di daerah Manjung (50 peratus) dan seterusnya berselerak di daerah-daerah lain. Kepadatan penduduk berbeza-beza dikesan iaitu daerah yang berkepadatan tinggi (Manjung dan Kerian), sederhana (Hilir Perak dan Larut Matang) serta rendah di daerah Perak Tengah. Majoriti penduduk (96 peratus) memahami makna pembangunan dan amat berharap pembangunan guna tanah dapat dijalankan di tempat mereka kerana faedah ekonomi yang tinggi (69 peratus). Walau bagaimanapun masih ada kebimbangan penduduk berkaitan dengan impak negatif iaitu sosial dan kesesuaian pembangunan disesuatu lokasi. Penduduk sedar tentang kewujudan impak negatif pembangunan berdasarkan kepada perubahan persekitaran mereka. Keseluruhannya impak pembangunan yang dikesan di ZPP adalah lebih kepada impak negatif (64 peratus) dengan impak positif yang dikesan adalah berpihak kepada faedah manusia seperti peningkatan penduduk. Kesemua daerah menunjukkan impak negatif yang lebih daripada 60 peratus dengan yang tertinggi adalah 64 peratus di daerah Manjung dan Perak Tengah.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pembangunan pinggir pantai | |
dc.subject | Alam Sekitar | |
dc.subject | Coastal zone management | |
dc.title | Impak pembangunan guna tanah terhadap zon pinggir pantai di negeri Perak | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 415 | |
dc.identifier.callno | HT395.M4N347 2012 | |
dc.identifier.barcode | 002030 | |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84985+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.73 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.