Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456089
Title: Kajian arkeologi di Gua Tok Sik, Gunung Pulai dan Gua Baling, Bukit Baling, Baling, Kedah
Authors: Muhammad Afiq Omar (P75225)
Supervisor: Zuliskandar Ramli, Prof. Madya Dr.
Keywords: Arkeologi
Masyarakat prasejarah
Kebudayaan Hoabinhian
Kebudayaan Neolitik
Analisis artifak
Aktiviti perdagangan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Feb-2017
Description: Kajian arkeologi ini dijalankan untuk memperincikan tentang kewujudan masyarakat prasejarah di Baling, Kedah dan memperlihatkan tentang interaksi antara masyarakat prasejarah pesisir pantai di Guar Kepah dengan masyarakat di pedalaman. Secara tidak langsung kajian ini akan dapat menambah data kajian terdahulu yang dilakukan oleh Collings di Baling pada tahun 1935 di mana beliau telah berjaya menemui kesan tinggalan masyarakat Hoabinhian dan Neolitik. Gua Tok Sik dan Gua Baling telah dikenal pasti sebagai tapak yang berpotensi untuk membuktikan tentang kewujudan masyarakat prasejarah di Baling. Kaedah kajian melibatkan dua pendekatan iaitu ekskavasi arkeologi dan analisis saintifik yang melibatkan analisis karbon-14, ujian XRD dan XRF. Analisis secara morfologi dan saintifik bertujuan untuk melihat jika terdapat kesan interaksi di antara dua kelas masyarakat ini berdasarkan ciri persamaan dari segi reka bentuk, ragam hias serta bahan yang digunakan dalam penghasilan artifak yang ditemui. Ekskavasi arkeologi telah mendedahkan dua lapisan kebudayaan (cultural layers) iaitu lapisan kebudayaan Hoabinhian di Gua Baling dan lapisan kebudayaan Neolitik di Gua Tok Sik. Ini berdasarkan kepada penemuan artifak berupa alat-alat batu yang mempunyai kesan repehan dan tembikar tanah. Hasil analisis artifak juga menunjukkan terdapatnya interaksi antara masyarakat pesisir dengan masyarakat di pedalaman yang menetap di gua-gua sekitar Baling. Interaksi ini dikenal pasti melalui aktiviti perdagangan yang melibatkan pertukaran barangan oleh dua kumpulan masyarakat ini yang mana komoditi yang terlibat ialah tembikar tanah. Aktiviti perdagangan ini menjadi mudah dengan kewujudan Sungai Ketil yang merupakan anak sungai Sungai Muda sebagai laluan utama mereka untuk berhubung. Berdasarkan analisis terhadap artifak dan ekofak, didapati Gua Tok Sik dan Gua Baling hanya digunakan sebagai tempat persinggahan sementara semasa mereka menjalankan aktiviti harian. Diet utama mereka adalah siput sungai jenis brutia costula kerana banyak penemuan siput jenis ini di kebanyakan gua di Baling dan juga binatang mamalia lain seperti burung, babi dan lain-lain. Masyarakat di sini juga memperoleh bahan mentah untuk penghasilan alat batu di Kroh dan Gerik kerana analisis ke atas alat batu tersebut menunjukkan jenis batuan yang digunakan tidak terdapat di sekitar Baling. Pentarikhan radiokarbon menunjukkan bahawa masyarakat prasejarah telah berada di Baling sekitar 9000 ± 40BP.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 190
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84143+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
235.73 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.